ISH,ISH,ISH TRY TANYA NIK AZIZ SAMADA BETUL KE TIDAK NI !!!

Memisahkan Islam dengan politik adalah bahaya, yaitu pemerintahan secara sekular dengan tidak mengikut Islam.

Menggunakan agama didalam kepentingan politik pula lagi bahaya, yaitu mengikut kesesuaian pembawaan sesebuah parti, sebagai contoh, kalau dulu belum reti mengenai 'tahalluf Siyasi' dan menganggap kerjasama dengan bukan Islam boleh menjadi kafir, dan contoh-contoh yang lain, sebahagiannya sila rujuk dibawah.

Jika dulu....
“Pas adalah sebuah Jamaah Islam yang memperjuangkan Islam, wujudnya sebuah pemerintahan Islam sebagaimana diwajibkan oleh Allah SWT,”
(Manifesto Pas Kelantan bertemakan “Program Pas Negeri Kelantan 1990 Perkara 1.1)

Tapi kini...
“Sekadar nak buang slogan (penubuhan Negara Islam) taka da apa. Kerana Rasulullah bukan sahaja buang slogan tapi dia buang perkataan ‘Rasulullah’ ini bukan slogan dalam agama Islam. Itu perkara asas pun dia sanggup potong. Ini (penubuhan Negara Islam) Cuma slogan saja.”
(Kenyataan kepada wartawan di Kota Bharu, Kelantan pada 25 Jun 1999).

Atas sebab itu dapat difahamkan bahawa Pas telah berbohong kepada rakyat Kelantan apabila mendakwa ingin menegakkan sebuah Negara Islam didalam maksud utama ingin melaksanakan hukum hudud. Hakikatnya konsep Negara Islam tidak disebut pun dalam Perlembagaan Pas.
( itu setakat yang GK tahu, jika Perlaksanaan negara Islam ada disebut didalam perlembagaan Pas, penyokong Pas boleh tinggalkan link pada komen dibawah untuk dibuat rujukan.)

Yang disebut hanya penubuhan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang melaksanakan nilai-nilai hidup Islam.( didalam maksud konteks yang luas dan tiada penekanan dalam sesuatu hukum seperti yang dilaung-laungkan). Demikian sudahpun dibuat dan diamalkan oleh UMNO dan Barisan Nasional. 

Lagipun, bagaimanakan Pas boleh memerintah Malaysia kalau tidak pernah letak calon Parlimen lebih daripada 45 orang? Pas perlu menang sekurang-kurangnya 97 kerusi. Jadi, di mana logiknya Pas mahu memerintah? ish,ish,ish...
 
Seperti juga dalam manifesto pilihanraya umum 1990, Pas berikrar akan melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan jika memerintah Negeri Kelantan.
(Manifesto pilihanraya Pas bertemakan Program Pas Negeri Kelantan 1990).

Tapi bila sudah menang....“Hendak melaksanakan Hukum Hudud di negeri ini hanya boleh dibuat jika mendapat perhatian dan kerjasama daripada semua pihak.
(Kenyataan dalam Utusan Malaysia. 11 Februari 1998)

Walau apa pun alasan, hakikatnya Pas belum tunaikan janjinya untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Kerajaan Pas dah bayar RM250,000 untuk orang buat draf tapi tak boleh laksanakannya kerana belum memenuhi syarat minimum.

Kerajaan Pas tidak mempunyai kemampuan dan tenaga pakar perundangan yang mencukupi.
Hakim Syarie yang ada sekarang pun tidak mampu menepati 15 syarat yang perlu sebelum boleh membicarakan kes-kes hudud mengikut kehendak Islam. Jika dilaksanakan juga, apa yang wujud nanti ialah Hudud ala-pas, bukan Hudud Allah. 

Pas tak boleh pinda Hukum Hudud yang asal mengikut seleranya sendiri. Kerana tidak mampu, Nik Aziz mula tuduh orang lain, mula-mula dia tuduh Sultan Kelantan tidak tandatangan sebagai tanda persetujuan, kemudiannya kata diugut Perdana Menteri pula. 

Mengenai pembangunan pula “Saya bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana sanggup mengetepikan perbezaan politik untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri (Kelantan) dalam bidang ekonomi demi kepentingan rakyat.”
(Kenyataan kepada wartawan di Kota Bharu, Kelantan pada 9 Mei 1996)

“ Kerajaan Kelantan memerlukan bantuan kerajaan pusat untuk melaksanakan projek-projek pembangunan yang besar. Kerajaan negeri menyedari pembinaan hospital, sekolah serta jalan raya hanya boleh dibuat kerajaan pusat.”
(Kenyataan di Kg. Padang Sakar, Salor pada 27 Februari 1997)

Selepas 2 tahun kenyataan itu begini pula kenyataannya “Untuk apa BN beriya-iya hendak tukar kerajaan Kelantan pimpinan Pas. Sejak lapan tahun memerintah belum pernah berhutang dengan kerajaan pusat sebaliknya hutang lama terus dibayar,”
(Kenyataan di Pengkalan Chepa pada 3 Julai 1999)

Ini hanyalah 0.1 peratus sahaja dari keseluruhan kenyataan yang telah dibuat dan GK petik ianya dari beberapa sumber. Bayangkanlah berapa banyak kenyataan nyanyuk yang seperti ini. Anda Mampu Mengubahnya...

2 comments:

  1. Ckp la apa pun. Klau dah buat pekak mmg orang PAS bodo xkan terima punya..

    ReplyDelete
  2. nik aziz memang nyanyuk dan patut letak jawatan....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...