Lihat! Berapa Ramai Menteri Yang Buat Macam @Zahid_Hamidi

Syabas buat YB DS Ahmad Zahid yang ternyata mempunyai kebertanggungjawaban dalam merealisasikan misi YAB Perdana Menteri dan harapan seluruh rakyat Malaysia, ciri-ciri transformasi jelas ada bersama beliau.

Kita sebagai rakyat sudah jemu dengan alasan atau kenyataan Menteri yang  pada kebiasaannya dilihat masih menggunakan skrip lama yaitu "Kita akan menyiasat mengenai perkara ini" sebelum perkara itu senyap terus tanpa sebarang tindakan malah perkara yang sama jugalah sentiasa berulang.

Namun agak berbeza dengan Menteri yang bernama Ahmad Zahid, dimana kurang seminggu laporan audit dibentangkan, siasatan mengenai laporan itu sudah siap dijalankan serta yang paling penting ialah kaedah bagi mengatasi perkara itu juga sudah mula diberi penekanan.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, "Saya mahu selepas ini apabila laporan audit negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan".

Hasil siasatan
Bagaimanapun beliau menegaskan tiada unsur penyelewengan atau rasuah dalam kes kehilangan aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk senjata api.

Punca sebenar
Sebaliknya kata beliau, kes berpunca daripada kecuaian dan kelemahan segelintir pegawai serta anggota ketika menjalankan tugas selain kelemahan prosedur operasi standard (SOP).

Tindakan serta kaedah penyelesaian untuk masa hadapan
"Saya telah maklum kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar), kita hendak perkemas semula SOP terhadap penjagaan senjata api untuk elak sebarang kecuaian selepas ini. Saya mahu selepas ini apabila laporan audit negara dikeluarkan tiada lagi kehilangan aset PDRM dilaporkan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2012 yang antara lain menyatakan PDRM kehilangan 309 aset bernilai RM1.33 juta dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2012. Aset terbabit termasuk 44 senjata api, gari (156 unit) dan kenderaan (29 unit).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata tindakan tatatertib dan surcaj akan dikenakan kepada pegawai dan anggota yang didapati bersalah terhadap kehilangan senjata api di bawah selian mereka.

Kehilangan senjata api ketika menjalankan tugas sama sekali tidak boleh diterima kerana PDRM badan yang berintegriti dan disanjung tinggi oleh masyarakat, katanya.

Beliau sebelum itu melancarkan al-Quran Tafsir Ar-Rahman di ibu pejabat Percetakan Nasional Malaysia Berhad di sini.

Turut hadir ialah Timbalannya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Abd Rahim Mohd Radzi.

'Negara perlukan lebih ramai lagi Ahmad Zahid Hamidi, Umno mesti terus melahirkannya'

1 comment:

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...