Gadis Dirogol Ketika Sesi Temuduga

KUALA LUMPUR – Dua wanita dirogol dan disamun ketika menghadiri sesi temu duga dalam dua insiden berasingan.

Pada Sabtu, seorang siswazah wanita berusia 22 tahun hadir sesi temu duga di sebuah hotel bajet sekitar Kuala Lumpur selepas memohon tawaran pekerjaan sebagai jurujual menerusi sebuah laman web.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata, beberapa hari sebelum kejadian, mangsa telah menghantar permohonan kerja ke alamat e-mel (sonicact@gmail.com) dan diminta oleh suspek untuk menghadiri sesi temu duga kira-kira pukul 3.30 petang.

Menerusi emel itu, mangsa ditawarkan RM400 sehari untuk pekerjaan tersebut.

Mangsa diminta untuk bertemu dengan ‘penemu duga’ di dalam sebuah bilik hotel.

“Sebaik saja memasuki bilik tersebut, mangsa yang bersendirian, dirogol sebelum disamun,” katanya pada sidang media, Rabu.

Pada awal Ogos, seorang lagi siswazah wanita turut dirogol dan disamun selepas menghadiri sesi temu duga serupa di sebuah hotel berlainan di ibu negara.

Siasatan lanjut mendapati kedua-dua kes melibatkan seorang suspek yang menggunakan modus operandi sama.

Khairi berkata, suspek tidak meninggalkan nama, alamat atau nombor telefon untuk dihubungi ketika mendaftar masuk ke hotel berkenaan.

Beliau turut menasihati orang ramai terutamanya golongan wanita untuk menyemak dengan pihak hotel jika mereka diminta untuk menghadiri temu duga bagi mengelakkan insiden tidak diingini.

Polis telah mengedarkan fotofit suspek dan meminta pertolongan orang ramai bagi mengesan lelaki terbabit.

Kedua-dua kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan 392 kerana samun. – MStar

- Diantara formula bagi mengelak kejadian seperti ini adalah 'JANJI', apabila dijanjikan dengan sesuatu tawaran pada kadar 'luar biasa' ia adalah bohong, kalau tak ramailah orang kaya ataupun senang, satu lagi jika ia benar ia tak sempat sampai kepada kita, kalau nama company pun 'cap ayam' atau tak glamour jangan nak percayalah, begitu juga dengan agen pekerjaan yang minta wang dahulu sebelum bekerja, apa sekalipun alasan ia adalah bohong.

Sebagaimana politik pun macam tu juga, apabila janji tu diluar biasa atau dengan kata lain luar tabie, emm hari ni menang esok turun harga minyak ataupun 'dua minggu sudah menang' semua itu adalah kelentong....Agak-agak rasa tak percaya saksikan rakaman bukti video dibawah...Anda Mampu Mengubahnya..

1 comment:

  1. penipu dan perogol sial heramjadah terkutuk adalah bayangan syaitan akhir zaman, syaitan2 terkutuk ini tidak akan terlepas dari hukuman Allah SWT walau dimana jua mereka berada...Allah Yang Maha Berkuasa akan tetap merejam mereka.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...