Pemuda Pas Sedikit Berani Daripada Nik Aziz Yang Terlalu Takut Kepada DAP

KOTA BHARU - Pemuda Pas Kelantan menerusi Ketuanya Abdul Latiff Abdul Rahman mengajak semua pihak termasuk Umno dan PKR bersedia untuk bersama-sama dalam mengecam tindakan penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang ditayangkan menerusi filem ‘Innocence of Muslim’ baru-baru ini.

Abdul Latiff berkata, dalam isu ini tindakan segera perlu diambil dan tidak boleh ditangguhkan atau menunggu restu dari mana-mana pihak supaya orang bukan Islam selepas ini takut untuk menyentuh keperibadian Rasulullah SAW serta tidak berani mencetuskan sesuatu yang menimbulkan kemarahan umat Islam.

Kenyataan Latiff itu agak berbeza dengan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat lebih terpengaruh dengan peringatan dari Pengerusi DAP Perak  Ngeh Koo Ham yang meminta supaya Pas berfikir dahulu samada berbaloi ataupun tidak dengan membuang masa dan tenaga untuk mengadakan demontrasi bantahan tersebut, kenyataan dari Ngeh itu menyebabkan Nik Aziz enggan mengulas lanjut pertanyaan dari wartawan adakah protes melalui demonstrasi itu perlu dilakukan masyarakat Islam, Nik Aziz hanya menjawab, "pendekatan itu boleh dilakukan, tetapi ia bergantung kepada keadaan tertentu".

Bagaimanapun menurut Latiff, demontrasi itu akan diadakan Jumaat ini secara besar-besaran selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu dan sudah mendapat lampu hijau daripada Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut mengajak semua pihak untuk mengecam penghinaan itu, dan sekretariat Pemuda Umno juga ada menghubungi Pemuda Pas Pusat untuk mengadakan perbincangan berhubung isu berkenaan.

“Itu adalah tanda sokongan. Oleh itu kami menyeru kepada semua umat Islam di negeri dan negara ini termasuk Umno untuk bersama-sama menyatakan sokongan dan bantahan terhadap perkara yang dilakukan oleh tangan-tangan kotor yang sebenarnya kemarahan ini tidak boleh disebut dengan perkataan.

"Pada hari sama juga Pas mengharapkan semua umat Islam berhimpun secara ramai-ramai di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Kuala Lumpur sebagai bantahan terhadap penghinaan terbabit," kata Abdul Latiff lagi.
"Jika dibiarkan berterusan akan melahirkan kebencian sesama sendiri dan mencetuskan huru-hara serta polemik pertembungan agama berterusan,” katanya.

Rakaman Sidang media Nik Aziz selepas mesyuarat Exco petang tadi mengenai isu hina nabi juga tidak dimuat naik oleh media rasminya KelantanTv sebagaimana sebelumnya, namun sidang media pemimpin Pas yang lain seperti Husam, Takiyuddin dan Fadhli ada dimuatnaik, ia disebabkan kenyataan-kenyataan Nik Aziz yang merugikan Pas kerana dilihat lebih menyalahkan Umno dan takut untuk mengulas berkaitan kenyataan pemimpin DAP. Kemungkinan rakaman tersebut akan dimuatnaik setelah disunting terlebih dahulu supaya tidak menampakkan siapa sebenarnya Nik Aziz.

Nik Aziz sekarang ini lebih menampakkan keegoannya apabila berjaya dipengaruhi oleh Anwar Ibrahim dimana PR akan berjaya menawan Putrajaya, keselesaan diatas angan itu membuatkan Nik Aziz semakin anti Umno, hal yang sudah dipersetujui pun akan dibatalkannya jika berkait dengan Umno, Nik Aziz lebih rela membela DAP dan lebih suka menyalahkan Umno, itulah hakikat sebenar Nik Aziz yang digelar Ulamak ..Anda Mampu Mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...