Barang Pas Semua 'Kluk - Klek' Tak Pernah Konsisten

KOTA BHARU - Di sebalik ura-ura mengatakan Pas Kelantan tidak lagi membawa masuk calon import, Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli kemungkinan besar dikekalkan untuk mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya tidak bermasalah untuk menerima calon luar sekiranya ia memberi kelebihan kepada parti secara keseluruhan.

“Calon luar, kita serah kepada Pas Pusat, kalau ada kita pertimbangkan, apa yang pasti saya dengar Dr Hatta kekal (di Kuala Krai), yang lain saya tak pasti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir mewakili Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merasmikan Maybank cawangan Kubang Kerian di sini semalam.

Dalam pada itu, Mohd Amar yang juga Exco Kerajaan Negeri berkata, setakat ini tiada nama artis yang dicalonkan untuk bertanding di Kelantan termasuk Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah yang sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bertanding.

Bagaimanapun katanya, apa yang penting seseorang yang ingin menjadi calon Pas mesti memiliki akhlak yang tinggi selain berpotensi untuk menang.

Dalam pada itu ditanya kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa di Bachok, Mohd Amar berkata, beliau difahamkan Pas kawasan minta untuk meletakkan calon tempatan.

“Saya tidak tahu apa yang diputuskan dalam Majlis Syura, saya pun tidak boleh jawab statusnya, namun cadangan untuk meletakkan calon tempatan mungkin dipertimbangkan, namun terserah kepada Pusat,” katanya.

Selain Dr Hatta dan Nasharudin, turut bertanding di Kelantan pada PRU12 Naib Presiden, Salahuddin Ayub. - Sinar Harian

2 comments:

  1. Salam GK,
    Habih tu nak kata pa.. Hang tak tau ka.. mai nak habaq kat Hang, besa la tuh.. Kluk klek ! mengkalu barang dah lama pakai kluk klek takleh nak elak dah.. kluk klek tu tak kemaih la.. ya dak GK.. tu la kata.. oghang kampung dok bising dah barang lama kena tukaq la.. biaq kemaih keming macam hak DSN lancar bebaru nih.. depa semua pakat sokong barang kat kedai 1M'sia Janji ditepati.. ralet pulak dah GK oii.. nak pi amek anak sklh lak pi dulu noo..

    ReplyDelete
  2. Dear All MCA Members in respect,
    That Yip Kum Fook of head Gombak and Yip Jiun Hann MCA Youth chief Gombak or father and son trying to grab the High Committee MCA party on this December
    We hope that members of MCA party considering profuse, please not vote to people have two faces because their behaviour are very bad for Chinese community in Malaysia.
    They used the power politic to cheating female, destroying others family , until the money SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST TEMPLE, DESA JAYA, KEPONG, KL ,and dare swallow money of Buddhist temple and Indian temple land in Taman Daya he was burning to getting rich for own greed.
    If this kind of opportunist groups supported the MCA party and we believe that this MCA party will not grown forever.
    SAMNAK SAMBODHI COMMITTEES

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...