Video Panas ! - 'Din Dangau' Mengamuk Malukan Pengerusi SPR

Din, dah lah Din, bertaubatlah Din, kuat sangatlah Din ngencing, kesian lak tengok SPR ni, janganlah duk fitnah depa ni, tak baik Din, gua nak tulis story Din ni pun tak boleh, sakit perut duk gelak kat  Din, 'Din Kantoi' ke 'Din Daugau', peghh Din kalau mula bercakap tak ingat dunia, baik sesangat, ayat Din yang sangat popular ' Kami ada bukti'...

Kalaulah nak dijadikan isu, kes penipuan dan fitnah Pakatan Rakyat khasnya Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini telah mendatangkan banyak musibah dalam negara, kerana fitnah hasutannya itu telah mempengaruhi ramai rakyat sehingga mereka sanggup turun berdemontrasi kononnya 'Himpunan Bersih'.

Akibat perhimpunan Bersih hasil dari hasutan dan fitnah, seorang meninggal dunia dan terdapat ramai mangsa yang cedera, harta awam musnah, imej negara teruk tercalar dsbnya.  Sebelum ini Saifuddin pernah  mendedahkan bahawa Timb. Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar adalah ahli Umno.

Saifuddin mendakwa, Wan Ahmad berdaftar di cawangan Kubang Bunggor dalam DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas, Kelantan sekaligus tidak layak lagi bagi memimpin SPR yang perlu di lihat ’bebas, adil dan berkecuali’.

Bagaimanapun, Wan Ahmad menafikan beliau ahli Umno sebagaimana dakwaan Saifuddin. Menurutnya, beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli Umno dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian Umno bernombor 2374564 di Cawangan Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

Akhirnya Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang memegang keahlian Umno bernombor 2374564 itu tampil mengzahirkan dirinya, namun beliau menafikan memegang jawatan sebagai Timb. Pengerusi SPR sebagaimana yang didakwa oleh Saifuddin. Malah beliau hanyalah seorang peniaga kedai makan.
"Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” - Wan Ahmad, peniaga kedai makan
Seterusnya Din Dangau pada 13 September yaitu 3 hari sebelum ketuanya menjadi Perdana Menteri, dilaporkan dalam satu program jemputan radio Bernama24, 'Din Dangau' mendakwa audit daftar pemilih yang dilakukan oleh PKR di negeri Selangor menunjukkan banyak berlaku kepincangan, antaranya, terdapat 13 orang menghuni dalam satu pondok.

Sebaliknya apabila penyiasatan dilakukan oleh SPR, terbukti 'Din Dangau' ni kaki kencing, menurut  Pengerusi SPR, 'pandailah dia'......

"Saya telah meminta pegawai SPR untuk menyiasat lokasi itu dan mendapati lokasi itu sebenarnya bukan rumah kediaman, sebaliknya sebuah pondok untuk meletakkan motosikal," katanya pada sidang media di ibu pejabat SPR di sini, pagi ini.

Beliau menjelaskan, "apa yang berlaku ialah terdapat tujuh keluarga yang terdiri daripada 18 orang terbabit menggunakan alamat sebuah kedai kopi yang mempunyai alamat sama untuk memudahkan tujuan penghantaran surat menyurat, sedangkan mereka itu mempunyai rumah masing-masing."

"Perkara ini bukan hanya berlaku di Sungai Pusu sahaja malah turut berlaku di tempat lain.

"Jika kita benar-benar ikhlas hendak membersihkan atau mempunyai keraguan mengenai daftar pemilih ini, silalah datang ke SPR sebelum menghebahkan kepada media," jelasnya.

Ujar beliau, jika benar ada kesilapan, pihaknya akan segera membuat pembetulan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

"Orang bekerja makan gaji jarang temberang macam orang politik"
Video -Kredit Minaq Jinggo

2 comments:

  1. Aljuburi is Aljuburit..

    ReplyDelete
  2. dia sendiri yg nak malukan org lain tetapi dia sendiri mendapat malu...kebalikan dari Allah SWT...padan muka.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...