Anwar Main Belakang Nik Aziz 'Pas Tak Boleh Diharap' - Bekas Timb. Ketua Menteri - Video

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairuz Khairuddin mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah suka dengan pendirian Pas yang memperjuangkan dasar Islam.

Menurut Fairuz, kenyataan mengenai Anwar ini pernah didedahkan ketika beliau masih berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Fairuz meletakkan jawatan itu pada Mac 2009 dan kemudian keluar dari PKR.

"Hari ini saya mahu dedahkan yang selama ini, Anwar tidak pernah suka dan setuju dengan dasar Pas. Beliau anggap Pas ini tidak boleh diharap," kata beliau pada Majlis Himpunan Ke Arah Penyatuan Ummah bertajuk “Dakwah Menjana Kesatuan Ummah" di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel sesi Ideologi Politik: Adakah Menjadi Penghalang Kepada Penyatuan.

"Saya sendiri sedih kerana Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah menyanggah dan berkata tidak jika Anwar campur tangan dalam Pas," katanya.

Tambah beliau, cara pemikiran Anwar tidak seiring dengan Pas kerana sering berbeza pendapat dengan Pas berhubung dengan Islam.

"Ilmu agama Islam hanya 'celup-celup". Tidak sepatutnya Anwar bercakap mengenai Islam dengan ilmu yang cetek.

"Bila nak cakap tentang Islam, Anwar perlu teliti sama ada ia benar atau bertentangan dengan Islam," tegasnya.

Menurut Fairuz, pengalamannya bekerjasama dengan Anwar semasa berkhidmat satu ketika dulu membuatkan beliau "celik mata" dan membuatkannya sedar siapa Anwar sebenarnya.

"Pengalaman saya dulu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang satu ketika dulu, benar-benar memberi pengalaman yang cukup bermakna buat saya," katanya.  - Sinar Harian
Petua paling berguna dalam hidup dan paling tepat yang belum lagi tersasar adalah sekiranya lebih 40 orang rakan-rakan atau bekas rakan (yang mengalami bukan cerita yang terjaja) secara terbuka memperkatakan hal yang sama mengenai keperibadian seseorang itu, maka berwaspadalah dengan orang itu, dia bukan seseorang yang baik untuk dibuat rakan apatah lagi untuk dibuat pemimpin, kerana terlalu mustahil untuk seorang itu lebih baik dari 40 orang temannya.

Agak-agaknya Anwar ni dah berapa orang dah rakan-rakannya memperkatakan mengenai sikap beliau, jika anggap situasi itu normal politik, kenapa kebanyakkan pemimpin Umno, Pas dan Dap yang keluar parti tidak memperkatakan mengenai sikap pemimpin tertingginya tetapi lebih memperkatakan mengenai partinya, renung-renungkanlah jika ia baik untuk anda, Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...