Video - Vanida Nafi Jatuh Talak Kesal Pihak Ketiga Heret Mufti

PETALING JAYA - Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

"Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya.

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya. - Mstar

3 comments:

  1. Salam...
    aku pun tak tengok lagi filem ni...
    tapi kalo tengok dri trailer die
    lafaz cerai tu rashidi cakap pada ayu raudhah..
    Bukan dekat vanidah imran...
    Mungkin salah faham dekat situ kot...

    ReplyDelete
  2. tu la...dr trailer je dh tahu. bukan rashidi lafaz cerai pd vanidah tp mintak vanidah minta cerai dpd pasangan dlm filem (bukan watak oleh rashidi). pihak ketiga je yang mengada2kan cerita, siap heret mufti perak sekali. mufti nk kena tengok filem tu juga ke? bnyk lg kerja lain yg lebih berfaedah. aku nampak sinar harian ni melebih-lebih, nk lakukan akhbar tabloidpun jgn la main sembrono....lol

    ReplyDelete
  3. Tapi yg Harussani ckp bukan fasal lafaz cerai. Harussani komen pasal ucapan rahsidi kahwin 3 hari tu... itu dah jatuh takliq..sbb tu kena rujuk semula.

    "Beliau (Harussani) mengulas dialog yang diungkapkan Rashidi kepada Vanidah dalam satu babak pada filem arahan Afdlin Shauki itu yang menyebut: Kita kahwin untuk tiga hari, Affin akan pegang pada janji Affin, hari kedua mesti kena bersanding, lepas itu selepas selesai majlis perkahwinan, hari ketiga kita minta cerai. "

    tp melalui trailer ni, tak pasti rashidi ckp tu kat ayu atau vanida, aku tak la kenal rambut diaorang sbb jarang tgk.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...