ALLAHUAKBAR ! ALLAH MEMPERLIHATKAN PEMBOHONGAN PEMIMPIN PAS SECARA LANGSUNG

Masyaallah apa sudah jadi dengan wakil rakyat- wakil rakyat Pas ni, janganlah kemaruk dengan kuasa dunia sehingga sanggup melebarkan sayap fitnah dan juga menokok tambah cerita yang tidak pasti. Tidak halal untuk sesiapa sahaja menabur fitnah dan memburuk-burukkan kebaikan orang lain diatas kepentingan sendiri.

Beginikah wajah seorang pemimpin Islam, GK rasa simpati yang amat sangat terhadap pemimpin Pas yang semakin hari semakin jauh dengan Islam yang sebenarnya. Sebagai seorang pemimpin Islam rasanya tidak perlu kita untuk menuduh orang lain dengan sesuatu perkara buruk sedangkan perkara itu belum dapat dipastikan kebenarannya.

Cukuplah dengan mengceritakan kebaikkan kita supaya ianya dicontohi oleh orang lain, janganlah memandang rendah terhadap  rakyat Kelantan sehingga cara memperbodohkan itu hanya layak untuk membodohkan kanak-kanak dibawah umur 6 tahun. Apakah pemimpin Pas menganggap rakyat Kelantan ni bodoh sampai ke tahap itu? Kembalilah kepada cara Islam yang sebenarnya wahai pejuang Islam.

Tidak cukup malukah dengan kopiah yang dipakai? Sesungguhnya Allah akan membalas setiap sesuatu perkara itu hanya dengan sekelip mata sekiranya dikehendaki olehnya. Ajarlah dan tauladankanlah manusia yang jahil seperti GK ini dengan ilmu agama yang baik bukannya dengan cara seperti itu.

Ceramah diatas yang bertajuk 'Orang muda tolak BN' sepertinya mendapat sambutan yang dingin jika kita dengar respon dari hadirin yang hadir, walaubagaimanapun bukan itu yang nak dipertikaikan, tapi cara seorang pemimpin yang kononnya memperjuangkan Islam bercakap seolah lupa dengan ajaran Islam, yang keluar dari mulutnya hanyalah perkataan yang mencela orang lain

GK malas nak edit lebih-lebih video diatas disebabkan tidak ingin menambahkan dosa penganut Pas dengan membuat pelbagai tohmahan terhadap ketulenan video tersebut. Pada minit yang pertama pemimpin ini bersifat memburukkan Kerajaan Barisan Nasional diatas permohonan BR1M seorang armalah yang ditolak sedangkan ianya layak untuk menerima.

Maka wasangka itu disambut oleh hadirin yang mengatakan "Orang Pas lah tu" merujuk kepada permohonan yang diceritakan oleh pemimpin ini.

Tapi dengan izin Allah untuk memperlihatkan PELAWOK dan tak betulnya pemimpin ini dan kata-katanya hanyalah bertujuan menghasut, pada minit ke 2.15  kegagalan kerajaan Pas Kelantan terbongkar dari mulut pemimpinnya sendiri menerusi skim kifalah, tapi pemimpin ini cover dengan berkata "Ada tunggakan sedikit sebanyak tu biasalah masalah teknikal" (merujuk kepada kegagalan kerajaan Pas kelantan dalam memberi wang kifalah".

Kalau terkena kepada kerajaan Pas disebut sebagai masalah teknikal yang menjadi perkara biasa, bilamana kerajaan BN yang menolak permohonan seorang armalah seperti yang diberitahu pemimpin tersebut, apa yang beliau sifatkan mengenai perkara itu. Apa itu bukan masalah teknikal ? Sedangkan pemberian kifalah hanya melibatkan berapa oranglah sangat. Ishhh bodohnya rasa nak ulas perkara ni.Rakyat Kelantan insyaallah cerdik-cerdik belako.

Skim kifalah berapa orang penerima, ada ke sampai 10,000 orang ? penerima wang BR1M ni di Kelantan adalah 80 peratus atau 600,000 orang. Jika berlaku masalah teknikal ianya wajar, dan boleh dibuat permohonan semula, bukannya habis setakat itu.

Yang paling jelas Allah nak tunjuk wahai orang-orang Pas yang terlampau taksub ialah pada minit ke 1.48, cuba dengar baik-baik tipudaya,helah dan mantik ini,.Sungguh memalukan wahai pemimpin Islam,

"Jadi musim pilihanraya mari bagi, berbanding dengan kita kerajaan negeri Kelantan, tidak kira pilihanraya atau tidak sepanjang masa, kalau nak kira skim kifalah ni kan, dekat dengan pilihanraya 2008 MULA dibahagikan, lepas tu menang besar tahun 2008  berhenti sekejap, lepas tu tahun ni dibahagikan semula."

Apa maksud kata-kata tersebut, dengan gaya penyampaiann dan kata-katanya itu seperti  ingin di tohmah maksudkan olehnya adalah kerajaan BN, tapi dia terlupa yang keadaan itu adalah berlaku kepada kerajaan Pas. Ingatlah kuasa Allah memperjalankan sesuatu itu tanpa sempat untuk dikawal oleh kuasa manusia. Maka ianya akan terbongkar dari mulutnya sendiri.

Untuk pemimpin Pas, sebelum perkara lebih besar lagi diturunkan oleh Allah Taala, bertaubatlah, cukuplah berdusta, mengadu domba,fitnah dan menyesatkan umat Islam di negara ini, kembalilah kepangkal jalan, pintu taubat masih terbuka. Anta Mampu Mengubahnya.

7 comments:

  1. Kecek koya panda..... Kaki nipu dan gomo pitis & tanoh belako puok ni...... Kecing keda kopi buleh lah set PAS ngok ni


    Dok sokong Nik Ajis doh

    ReplyDelete
  2. Ustak ko nyetak ni,kecek bbelit, ni kih kuat duk ngata kokre sapa ko hok dio sendiri pun dio terngato...hahaha,kena maroh ko nik aziz doh dio ni

    ReplyDelete
  3. bodo ketok bekecek,dio ingat ore kelate ni bodo supo dio kalih,dulu lain,loni dunio serbo canggih doh weh,dulu puok pas nipu payoh nok terbongkar sbb ore umno takkan beli kaset ceramoh pas,tapi loni dapat ko tengok free d youtube gak mapuhlah pas,kuat lah lagi tipu hangit tuh.bodo lebih pado lembu kak jat nih

    ReplyDelete
  4. Jangan le lupe penganut hamPAS oooii... sebelum hari mengundi di PRK DUN Galas dulu pun, nabi N.Ajis siap bagi 'derma' kat orang asli yg memeluk Islam. dari rasuah boleh bertukar jadi derma, perkara tu tak pelik dalam hamPAS sebab tok guru mereka sendiri pun kata boleh. Tapi cuba kalau BN yg lakukan perkara yg sama sedemikian, mau satu dunia mereka bising kononnya BN menyogok pengundi. Halal untuk mereka, haram untk org lain... matlamat tak menghalalkan cara la penganut hamPAS sekalian..!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. kecek macam ore bodh,kerajaan buke bagi free bodoh,,kerajaan bagi pinje,buke freee,tiap bule kena bayar

    ReplyDelete
  6. pemimpin tak sekolah ke ,bodoh macam babi

    ReplyDelete
  7. Nik Aziz buleh elaun bulanan MB dari kerajaan RM21k kijo banyok dop buat, tido 4 kali smetar, bangun g ceramah duk syok tabur fitnah dgn buat fatwa merapu ja. Rakyat buleh bantuan RM 500 duk bising kato pitis hare. Budok sekolah buleh bantuan 100 soghe pun hare... Oghe PAS ADO OTAK KO?!! KALU ADO MITOK TULONG MMIKIR & KECEK PAKAI OTAK SIKIT!! JANGE DOK SEDAP KECEK PAKA NAFSU JAH!!

    PAS saing Setan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...