LYNAS 2.0 - GILOS !!! PEJUANG ISLAM PAS BERSELUAR PENDEK, NYAWA KANAK-KANAK TIDAK BERFAEDAH !

Apa sebenarnya motif perhimpunan ini dan juga apa tujuan sebenar isu Lynas  cuba dimanupalasi oleh  pembangkang. Berselindung disebalik NGO bebas dan juga orang awam dilihat pembangkang cuba mengambil kesempatan diatas isu ini untuk menjadi satu bahan pilihanraya yang cuba dipolitikkan.

Mengakui hakikat kehadiran peserta perhimpunan ini adalah menjangkaui 10,000 orang termasuk kanak-kanak. Sebahagian besar daripada peserta adalah terlibat secara langsung dengan aktiviti politik . Cuma sebahagian kecil daripada mereka yang benar-benar ikhlas dalam menyatakan hasrat dan pendirian mereka mengenai isu ini.
Bagi makluman awam, mengenai Lynas adalah seperti penjelasan yang wujud pada klik video dibawah oleh YB Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat. Secara ringkas, kesemua peranti pintar/ eletronik/ eletrik dan mesra alam itu mengandungi bahan dari nadir bumi.

Lynas adalah kilang memproses nadir bumi yg dibina di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang. Ia bukan sebuah reaktor nuklear atau makmal pengayaan uranium. Ia adalah sebuah kilang pemprosesan kimia.

 Sebenarnya Lynas hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah daripada segi radiasi nya. Kerajaan Malaysia juga mengenakan syarat-syarat ketat untuk keselamatan dan kesihatan orang awam, pekerja dan juga kesan kepada alam sekitar.

Sampai bila masyarakat  harus mencabar UNDANG-UNDANG NEGARA?
Fasal 4 juga memperuntukkan hanya seorang yang berumur 21 tahun ke atas boleh menganjur dan menyertai perhimpunan, sementara kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan.

Individu yang merekrut atau membawa kanak-kanak ke suatu perhimpunan atau membenarkan kanak-kanak menghadiri suatu perhimpunan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabit boleh didenda tidak melebihi RM20,000.
Sebahagian Bukti gambar penglibatan kanak-kanak dalam perhimpunan Hijau 2.0 di Kuantan semalam, namun lupakah kita dengan undang-undang negara? sampai bila pembangkang ingin menjadi penganjur kepada pencabulan undang-undang negara? bila kebebasan bersuara diberikan ianya sering disalahgunakan.

Tidak terfikirkah mereka akan nyawa dan keselamatan kanak-kanak jika dibawa pada perhimpunan seperti ini ? sekiranya berlaku keadaan diluar jangka seperti pergaduhan atau salah faham yang membawa kepada situasi yang kelam kabut, dan peserta perhimpunan masing-masing cemas berlari menyelamatkan diri, apa akan terjadi kepada kanak-kanak tersebut, mungkin ianya akan dipijak atau jatuh dari dukungan ibu akibat dirempuh dalam suasana yang berasak-asak.

Tapi akibat mabuk untuk berkuasa perkara itu tidak berfaedah untuk difikirkan, melihat tingkahlaku peserta yang motif utamanya fanatik bercirikan politik, ia tidak mustahil untuk berlaku keadaan yang sedemikian. Sedangkan apa yang nak disuarakan pada perhimpunan tersebut hanyalah  isu yang cuba dipolitikkan dengan niat menakut-nakutkan masyarakat untuk memberi satu gambaran buruk kepada rakyat mengenai tindakan kerajaan. Sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini Anda Mampu Mengubahnya.

1 comment:

  1. lynas suruh stop tp gi beli segala mcm jenis alat beradiasi... siap simpan dlm poket bawak kehulu kehilir...apa punya bodohlah puak penentang lynas ni. tulah.. Suruh gi sekolah dia gi main bawah jambatan... dah bodoh kronik

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...