Video - Tidak Ada Sebarang Tanda Penceroboh Militan Akan Meletak Senjata - IGP


Setakat ini dilaporkan tidak ada sebarang tanda-tanda saki baki kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah, akan meletak senjata tanpa syarat, dan pasukan keselamatan masih meneruskan operasi susulan.

"Selepas insiden pertempuran di Kampung Tanjung Batu (kira-kira 15 kilometer dari Felda Sahabat 16) pada 11.30 pagi semalam yang menumpaskan 31 penceroboh, tiada tanda mereka mahu letak senjata api," kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada sidang media bersama Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin di Felda Sahabat 16, kira-kira 130km, dari pekan Lahad Datu, hari ini.

Bagaimanapun suasana di Lahad Datu mula kembali normal dengan orang ramai mula menjalani rutin harian mereka.

Tiada insiden tembakan dilaporkan berlaku di Kampung Tanduo, Lahad Datu, dalam tempoh 24 jam lalu selepas empat hari pasukan keselamatan negara melancarkan gerakan ofensif terhadap penceroboh militan Sulu di bumi Sabah.

Malah, pimpinan tertinggi polis dan tentera sempat menunaikan solat Jumaat dan solat sunat hajat bersama kira-kira 200 jemaah di Masjid Al-Hudah, Felda Sahabat 16, di Lahad Datu.

Kawasan Felda Sahabat 16 adalah markas operasi pasukan keselamatan pada Op Daulat dan terletak kira-kira 20km dari Kampung Tanduo yang menjadi kubu penceroboh militan sejak 12 Februari lepas.

Gerakan Op Daulat masuk hari keempat hari ini dengan helikopter digunakan untuk menghantar anggota keselamatan ke lokasi sekitar bagi operasi menggeledah manakala jet-jet pejuang berlegar di udara membuat tinjauan.

Sepanjang operasi pasukan keselamatan sejak 1 Feb, polis menahan 79 orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian pencerobohan itu.

Ismail berkata lebih 50 orang itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) yang baru dikuatkuasa tahun lepas.

"Mereka ditahan mengikut akta baru itu dan dibaca bersama (beberapa seksyen) Kanun Keseksaan," katanya.

2 comments:

  1. Mana menteri amaran keras
    Diam jer........
    Dah lama aku tak tgok mulut dia berbueh bila berckp........

    LU DAH GAGAL SEGERA LETAK JAWATAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. org2 pemikiran sempet cam ko le wat semak kat mesia nieh..ada otak tp xmo pakei..pastuh dok keje ngumpat, fitnah n maki seranah org je yg ko pandai..sepatutnye kite bersatu bukan menunding jari

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...