Cis ! Menteri Dan Pengerusi SPNB Dedah Dalang Sebenar Pembinaan Rumah Rakyat Di Kelantan

PETALING JAYA - Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Idris Haron mencabar kerajaan Kelantan membina rumah sendiri jika tidak puas hati dengan agensi tersebut.

Menurutnya, SPNB sukar melaksanakan projek perumahan di Kelantan kerana tidak pernah mendapat kerjasama kerajaan negeri.

Berikutan itu, pembangunan SPNB di negeri Kelantan adalah menerusi pihak ketiga.

Malah, kata Idris pihaknya terpaksa menjual rumah yang dibina di Taman Merbau Utama di Kok Lanas, Kelantan kepada syarikat swasta kerana prestasi jualan yang tidak memberangsangkan.

Sejak pelancaran jualan pada April 2009 hanya lebih 100 unit yang berjaya dijual sehingga Disember 2010.

Pengerusi SPNB, Datuk Idris Haron berkata, penjualan itu adalah bagi membolehkan pembayaran tuntutan kemajuan pembinaan oleh pihak kontraktor.

“Ia juga untuk meningkatkan prestasi penjualan projek serta membolehkan pembayaran balik pinjaman yang telah diperolehi oleh SPNB,” katanya.

Idris mengulas kenyataan exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa yang mendakwa SPNB menjual kira-kira 70 peratus unit rumah projek berkenaan kepada syarikat swasta iaitu Pasca Astaka Sdn. Bhd (PASB).

Sementara itu, masalah berkait pembinaan rumah rakyat ini turut didedahkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, menurut beliau, program Perumahan Rakyat (PPR) yang diwujudkan oleh Kerajaan Persekutuan sukar untuk dilaksanakan di negeri ini disebabkan masalah tanah.

Beliau berkata skim tersebut akan dapat dilaksanakan sekiranya Kerajaan Pas Kelantan memberikan sumbangan iaitu tanah untuk pembinaan rumah di bawah program berkenaan.

Menurutnya, sumbangan itu amat penting bagi menjimatkan kos pembinaan rumah terbabit bagi memastikan ia mampu untuk dimiliki oleh golongan berpendapatan rendah.

“Bagi skim PPR di negeri-negeri, lazimnya tanah disumbangkan oleh kerajaan negeri. Ada sesetengah negeri tidak ada tanah untuk dibangunkan perumahan PPR.

“Jika tidak ada tanah sukar untuk kita bina rumah kerana ia akan menambah kos pembangunan. Jadi, negeri yang ada tanah kita akan bina dahulu, itu keutamaan kita, bagaimanapun bermula tahun depan kita akan membeli tanah untuk membina perumahan ini kerana rumah ini sudah boleh dijual,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...