Terima Kasih Abe Jib Dan Abe Mi, 23 Tahun Doh Kito Tunggu Rumah Rakyat Ni, Akhirnyo Buleh 1000 Butir

Pemimpin yang ikhlas berjuang untuk rakyat ciri-cirinya pasti mengotakan kata janjinya dengan begitu jujur tanpa sebarang helah dan alasan, ciri ini terbukti ada pada sosok tubuh Datuk Fatmi Che Salleh yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Bharu merangkap Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. 

Kesungguhan dan keikhlasan beliau membantu rakyat dengan membawa permasalahan rakyat Kota Bharu kepada pengetahuan YAB Perdana Menteri akhirnya membuahkan hasil apabila YAB Perdana Menteri bersetuju meluluskan pembinaan sebanyak 1000 buah rumah rakyat, ia akan dibina di Wakaf Mek Zainab dan upacara Majlis pecah tanah akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri sendiri pada 15 Mac 2013.

Sumbangan yang cukup bernilai hasil usaha beliau dari kerajaan 'Janji Ditepati' ini pasti menggembirakan seluruh warga Kota Bharu, jasa beliau yang cukup besar ini juga pasti tidak mudah dilupakan oleh penduduk disini, kerana dengan terbinanya rumah rakyat berkenaan ia mampu menyelesaikan masalah penempatan bagi 1000 keluarga yang selama ini tidak mempunyai kediaman sendiri.

Diatas bukti pemimpin yang bertanggungjawab kepada rakyat ini, maka kami warga Kota Bharu berkeyakinan, dimana daya pimpin yang dimiliki oleh beliau berupaya menyelesaikan setiap permasalahan rakyat atau dengan kata lainnya melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin kiranya beliau kami pilih untuk mewakili kami ke Parlimen kelak, dan dengan itu tidak ada alasan lagi untuk kami tidak memilih beliau.

Kerana kami sedar, tidak semua rakyat dalam parlimen di Kelantan ini bertuah untuk mendapatkan rumah rakyat lebih-lebih lagi apabila tidak mewakilkan parlimen kepada pemimpin-pemimpin berwibawa daripada kerajaan Barisan Nasional.

Justeru, kami sebagai warga Kota Bharu akan memastikan pemimpin yang berjasa ini diletakkan ditempat yang sepatutnya setanding dengan keupayaan beliau agar segala nikmat akan dapat dituai rasa bersama. 

Janji kami, 'kami akan bantu Datuk untuk bantu rakyat'. Syabas dan jutaan terima kasih diucapkan kepada YAB Perdana Menteri serta Datuk fatmi Che Salleh diatas permulaan membina 1000 buah rumah rakyat ini. Anda Mampu Mengubahnya.

- Warga Kota Bharu dijemput hadir beramai-ramai dan borang untuk mendapatkan rumah rakyat ini akan mula diedarkan esok, 15 Mac 2013. Jangan lepaskan peluang yang ditunggu selama 23 tahun ini..




- Sumber gambar berkaitan tapak projek ihsan dari Warta Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...