
Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain
berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu
liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."
Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali berganjak."
"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.
Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.
Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

sy rase kenyataan bapanya tidak berpunca niat atau manfaat lain melainkan menegakkan keadilan, sy sokong bapanya.
ReplyDelete