Operasi Khas - Polis Tahan Empat Lelaki Ada Kaitan Dengan Penceroboh Lahad Datu

SEMPORNA - Polis menahan empat lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan penceroboh yang terlibat dalam kejadian serangan hendap di Kampung Sri Jaya Simunul, di sini, Sabtu lepas.

Empat lelaki yang ditahan dalam operasi khas oleh sekumpulan anggota polis dari jabatan cawangan jenayah berat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah itu berusia dalam lingkungan 20-an hingga 50-an.

Menurut polis, operasi yang dijalankan di Jalan Lapangan Terbang, kira-kira lima kilometer dari Pekan Semporna, bertujuan menangkap penceroboh yang didakwa menyamar sebagai penduduk kampung di beberapa kawasan di Semporna.

"Bertindak hasil maklumat awam dan maklumat risikan yang dikumpul sejak beberapa hari lepas, kami berjaya menahan empat lelaki untuk siasatan," kata pegawai berkenaan.

Beliau berkata operasi itu bermula pada pukul 12 tengah hari dan berakhir 1.15 tengah hari.

Tinjauan Bernama di lokasi operasi mendapati dua rumah diperiksa dan polis berjaya menahan dua lelaki di rumah itu manakala seorang lelaki ditahan ketika keluar dari belukar dan seorang lagi ditahan dalam pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan yang mencurigakan.

Dalam kejadian Sabtu lepas, enam anggota polis terkorban dalam serang hendap oleh kumpulan pengganas bersenjata. Kejadian pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan enam pengganas terbunuh. - Bernama
OP DAULAT: SIDANG MEDIA KPN (6 MAC 2013 @ 11 AM) 1/2

2 comments:

  1. Unit perisikan mahulah di kemas kini, supaya terlebih dahulu dapat menghidu seseuatu perkara yang membahayakan negara dapat dikesan lebih awal lagi. ISA amat perlu, mungkin kesilapan DS Najib yang telah meniadakan ISA. Sedangkan di USA juga telah diadakan undang-undang seperti itu. Kerana Negara Amerika berkeyakinan undang-undang ISA amat penting untuk negara mereka. Diharapkan DS Datuk Najib kembalikanlah ISA, dan dibuat penyesuaian dengan keadaan semasa.

    DS Anuar dan kebanyakan pemimpin parti pembangkang tahu tentang ini, dan boleh membahayakan kedudukan mereka. Kerana mereka-mereka itu memang tindak-tanduknya amat mencurigakan dan kekadang menyalahi undang-undang dan keselamatan negara.

    Syabas pasukan keselamatan Malaysia (PDRM, ATM , VAT 69 dan lain-lain unit pasukan keselamatan), anda semua telah berjasa pada Negara. Jasa MU tetap dikenang, tanpa kehadiran MU, musnah keamanan Malaysia.

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  2. Tahniah anggota keselamatan jasa mu tetap di kenang.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...