Video - Lagi Dua Anggota PGA Tercedera Bertempur Dengan Pengganas Di Lahad Datu

LAHAD DATU - Dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam kejadian tembak menembak dengan pengganas Sulu di Kampung Tanjung Batu kira-kira pukul 8 malam Sabtu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata dalam pertempuran selama enam jam itu itu, dua anggota dari PGA Miri cedera di bahagian betis dan peha.

Mereka dibawa ke Hospital Dutchess Of Kent, Sandakan.

Bagaimanapun menerusi sidang media, Hamza tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat musuh yang berjaya ditembak atau tidak dalam pertempuran tersebut, namun tiada kematian dilaporkan dikedua-dua belah pihak.

Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 85 orang dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130c (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Kawasan di Lahad Datu telah beransur pulih dan pihak PDRM menasihatkan kepada orang ramai agar tidak percaya kepada khabar-khabar angin yang tersebar.

2 comments:

  1. Aku baru sampai Kelatan. Kebanyakan orang Kelatan kata ni semua sendiwara wayang kulit UMNO..semua tu pengikut Nik Ajis sama dengan pengikut Mael Kiram di Lahat Datu sana.

    Masalah pengikut ni Ajis ni tak nak baca berita yg benar. Ilmu tawarih pun 0, dorang kata Sulu tu pun takdak, tak ujud, UMNO saja ada-adakan.

    Kalu setakat ni mentaliti menasia Kelatan, aku tak tau macamana nak explain...yang dok makan gaji dengan kerajaan pun kepala sama jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang kadang ambo malu nk ngaku ambo kelahiran kelate..mentaliti hampeh..anak bangsa melayu dh terkorban dgn kena pancung segala..masih dok oyak sandiwara..pakai kopiah lebai untuk tutup palo dan uban yg memutih pokcik pokcik..mokcik ooi jgn lor tutup otak untuk memikir yg mana betul yg mana salah...otak budu!

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...