Najib: Rundingan Krisis Lahad Datu Tamat, Penjenayah Diberi Dua Pilihan

SUBANG - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, insiden tembakan membabitkan dua anggota komando VAT 69 yang terkorban semalam merupakan jenayah serius dan kerajaan tiada pilihan melainkan mengambil tindakan tegas.

Perdana menteri berkata susulan kejadian itu, kerajaan memutuskan untuk menamatkan sebarang proses rundingan dengan pihak pemberontak terbabit yang telah melakukan jenayah berat.

"Kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangankan permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.

"... kita hanya ada dua pilihan iaitu sama ada mereka menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan," kata beliau kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada wira negara di balai ketibaan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.

Kata Najib, Kerajaan Malaysia amat bertegas dalam hal ini kerana jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu amat serius.

"Saya telah menelefon Presiden Filipina Benigno Aquino Jr II berhubung pendirian kerajaan Malaysia itu malam tadi, dan beritahu padanya bahawa setelah berlakunya kejadian tembak menembak pagi semalam, kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.

"Dan mereka hanya ada dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan," katanya dipetik Bernama. Bagaimanapun, Najib enggan mengulas mengenai tempoh yang akan diberikan kepada kumpulan penceroboh itu untuk menyerah diri dengan hanya berkata: "perkara itu saya tidak dapat dedahkan atas sebab-sebab taktikal."

6 comments:

  1. SEWAKTU MALAYSIAN MATI,MEREKA ADA BAGI PILIHAN TAK?

    SO WHY SHOULD WE GIVE THEM PILIHAN?

    KILL..KILL..KILL...

    ReplyDelete
  2. kenapa masih ada pilihan...menunjukkan kita masih lemah dalam banyak kelemahan

    ReplyDelete
  3. Salam rakan blogger Gelombang Kick, sekali lagi dimohon beri perhatian sekiranya sudi link kan blog saya kedalam blog tuanhttp://kembalakenterprise.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. HARAMJADAH PUNYA MENTERI UMNO. SEBAB DAH TAK BOLEH NAK TIPU LA SEKARANG. NAK BAGI APA2 PUN SEMUA RAKYAT AKAN TAHU. SIAPA SURUH BAGI IC DULU. KO PEGI KETUK LA KEPALA MAMAK KUTTY.

    ReplyDelete
    Replies
    1. say setuju sangat dengan anda. syabas kerana anda memahami sejarah hitam di sabah.

      Delete
    2. Malangnya kmi yg peribumi sabah ne... terancam di bumi srndiri....

      Delete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...