Apa sudah jadi dengan Negeri Kelantan dibawah kepimpinan Ulamak yang Membangun Bersama Islam, hal ini sungguh memalukan dan sangat berisiko tinggi kepada rakyat, sudahlah menanggung beban masalah ketiadaan air, ditambah pula dengan air yang tercemar dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Bila sudah sakit maka akan bertambah lagi masalah. Dibawah satu ringkasan yang GK petik dari Utusan Malaysia.
KUALA LUMPUR 19 Nov. - Data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 mengenai bekalan air bersih di seluruh negara mendapati Kelantan menduduki tempat paling bawah, sehingga dilabelkan sebagai negeri yang memiliki air kurang selamat dan berisiko.
Ancaman paling besar kepada kesihatan penduduk Kelantan adalah penemuan logam arsenik, mangan serta besi yang kandungannya melebihi kadar dibenarkan oleh Standard Kualiti Air Minuman 2009, Kementerian Kesihatan. Paling memeranjatkan, air terawat yang dibekalkan oleh AKSB ke rumah-rumah juga tercemar. Sampel dari Bachok didapati mengandungi logam arsenik dan besi, masing-masing 0.025mg/l dan 2.15 mg/l. Kadar selamat dan dibenarkan untuk arsenik ialah 0.01mg/l manakala besi, 0.3mg/l.
Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati.
Tidak cukup dengan risiko berkenaan, pendedahan kepada kandungan besi secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit hati serta serangan jantung kepada penduduk negeri Kelantan.
Selain terdedah kepada penyakit kanser, kehadiran arsenik dalam kuantiti berlebihan itu secara berpanjangan pula meningkatkan risiko kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati.
Tidak cukup dengan risiko berkenaan, pendedahan kepada kandungan besi secara berlebihan boleh mendatangkan penyakit hati serta serangan jantung kepada penduduk negeri Kelantan.

Uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.
Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). Laporan Bilangan dan Peratusan E.coli dan Logam Berat Bagi Air Terawat dan Air Mentah Mengikut Daerah Negeri Kelantan 2008-2010 yang dibekalkan kepada Mingguan Malaysia oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman.

Disebabkan ketiadaan sistem tersebut dan kesukaran mendapat air terawat, kebanyakan masyarakat Kelantan menggali perigi pada jarak rata-rata kurang 50 meter dari tangki najis rumah masing-masing, menyebabkan berlaku serapan bakteria melalui air bawah tanah.
Tulisan jawi pada papantanda sudah anggap berjaya tadbir negeri
Inilah akibatnya bila memilih sebuah kerajaan yang tidak tahu mentadbir negeri dengan cara yang betul, apa yang kerajaan Kelantan buat hanyalah berpolitik dan menumpukan sepenuh perhatian kepada strategi bagaimana ingin merampas kuasa dari kerajaan BN, Tidak sedikitpun mengambil berat hal-hal yang berkaitan rakyat.
Jangan Pas fikir nak tadbir negara ni satu hal yang cukup senang seperti mudahnya diungkap dengan kata-kata sahaja, belum cukup sempurna jika hanya papan tanda sahaja yang bertulisan jawi, banyak lagi yang perlu difikirkan dan perlu dilaksanakan. Forum Hudud dan ceramah politik disana sini, masalah kemudahan asas serta kesihatan rakyat diabaikan. Apakah ini cara yang Islam ajar? Membangkang dan mengkritik satu perkara yang cukup mudah, bila diberi tangunggjawab untuk melaksanakan inilah hasilnya.
Majukah sebuah negeri yang ditadbir oleh kepimpinan Ulamak, cara Islamkah yang menyebabkan kemunduran ini, sangat mengecewakan bila kerajaan Pas hanya tahu Hudud dan tulisan jawi, mengambil semua duit-duit kerajaan yang ada dalam bank riba dan menyimpannya ke dalam bank Islam itulah yang dibangga-banggakan selama lebih 20tahun memerintah. Mentaliti dan cara berfikir pemimpin Pas sangat jumud dan ketinggalan zaman.Ia tidak seiring dengan ajaran Islam yang sebenarnya.

Bala apa lagi yang akan muncul di Kelantan negeri dibawah kepimpinan Ulamak, peningkatan HIV, sumbang mahram, pelacuran ,penagihan dadah sudah dibongkarkan. Mungkin rakyat Kelantan selesa dengan cara ini teruskanlah memilih Pas untuk mentadbir. Jika tidak ubahlah demi anak bangsa kita.Anda mampu mengubahnya.
Rakyat Kelantan mesti sedar,air yang tercemar sangat berbahaya, dalam jangka masa yang panjang kesannya sangat buruk jika ia tidak diatasi dengan segera.Kesihatan penting dan wajib dijaga.
ReplyDeleteooo bahayo nih,berat demo ni,duk pilih pemimpin hok reti ceramoh,nok meretoh xpandai,pahtu duk caro behe balok,pahtu lagumana ni..JOM RAKYAT KELATE BANGKIT ADAKAN DEMONTRASI BESAR-BESARAN...INI MELIBATKAN NYAWA.TOK SIHAT SAKIT SOKMO NOK KO?.DOH NOK MAPUH GAK IKUT DEMOLAH,KAWE XAPO DUK KL...
ReplyDeletekato umno celako..demo tok celako ko..merintah 20 tahun..bendo paling asas pun xleh jago..ceramoh kemain lagi..kato ko ore yah retinyo.. rakyat nok mapuh nih...buak la BERSIH 3.0..bersihkan air kelate..bersihkan kelate dari hamPAS..
ReplyDelete