AKIBAT POLITIK JAHAT

 Semua Orang Nak Jadi Baik,Tetapi Keadaan Yang Telah Menafikannya 
Kesementaraan kita di bumi Allah ini hendaklah difikirkan nasib kita pada keadaan yang akan dilalui nanti.Bersabar,merendah diri dan kembali kepada ajaran Al-Quran dan Hadis Insyaallah segala-galanya akan selamat,Sedangkan permusuhan itu akan merugikan semua pihak dan akan berada dalam keadaan yang runsing,bingung dan serba tak kena kerana memikirkan susun atur strategi permusuhan,Alah baiknya jika kita gunakan masa itu untuk mencari kesepakatan membawa kemajuan didalam negara kita yang akan menguntungkan semua pihak,Pintu taubat masih terbuka dan ianya masih belum terlambat buat Nik Ajis untuk menerima perpaduan.

Diantara parti politik yang sentiasa menggegarkan negara ialah Umno,Pas,Dap dan Pkr, yang lainnya tidaklah begitu ketara,Umno-BN dan Pakatan Rakyat (PR) adalah satu pertembungan politik yang sama kuat didalam strategi jahat masing-masing.Kedua-dua pihak berdegil dan tidak ingin berbincang diatas satu perjanjian damai yang memenuhi segala Hak yang telah dituntut.

Malaysia akan mengalami  perang saudara yang melibatkan campurtangan tentera sedikit masa lagi sekiranya kegilaan kuasa ini berterusan dengan pelbagai fitnah dan khianat,Untuk berlaku Peperangan tidaklah mustahil kerana jika kedua pihak bertelagah dan masing-masing cuba menegakkan benang yang basah.Sudah pastilah akan tercetusnya malapetaka,Renungkanlah wajah anak isterimu sekiranya terjadi peperangan. Andaikata mati Syahid yang dibayangkan seharusnya anda bertanya pendapat Ulamak mengenai perkara ini.

Sikap Masyarakat

Hakikat kehidupan kita Rakyat Malaysia sebagai seorang manusia sebahagiannya dilihat Ego,Taksub, Hipokrit,Mengampu, Angkuh,Menghukum,Takabbur dan merasakan diri kita saja betul tanpa boleh diperbetul dan orang lain semuanya salah.Amalan berpuak juga sudah menjadi sebati dalam masyarakat pada hari ini,Cubalah kita renungkan perkara ini dan apa natijahnya pada generasi masa depan.Wahai saudara semua janganlah kita menghukum kerana kepuakkan sebaliknya hukumlah siapa hak dan siapa yang batil tanpa melihat kepada puak.Jika seseorang itu bukan dikalangan puak kita sekalipun jika dia benar maka benarkanlah ia.Begitulah sebaliknya.

Tapi kita pada hari ini bersikap semakin mundur bilamana perangai jahiliyyah dihidupkan semula dan bila sesuatu isu itu timbul mulalah kita menunding jari diantara satu sama lain.Seolah kita ni seorang Tuan yang dijamin masuk Syurga.Kenapa suka sangat kita meletakkan sesuatu perkara itu tidak kena pada tempatnya.
Ubahlah sikap kita yang taksub dan berpuak itu,Hebat setahap mana kita ni,tiada apa yang hebat pun,Jika silapnya kita maka mengaku sajalah,tidak usah kita nak bertegang urat lagi.

Dalam hati kita tu mesti dibersihkan dari sifat DENGKI sesama kita sehingga sanggup melakukan perkara sekeji mana sekalipun,Apa yang busuk hati sangat kita nak dengkikan orang,Sebab itu semua pemberian Allah padanya,Kenapa kita nak sakit hati dengan pemberian Allah,sebaliknya kita lebihkan usaha untuk mendapat nikmat sepertinya.

Satu lagi sikap buruk segelintir diantara kita ialah suka mengampu yang menyebabkan pemimpin lupa diri,pemimpin buat apa pun semuanya di yeskan,Tiada teguran dan kritikkan bahkan menyanjungi. serta menyembahnya dengan penuh ketaatan tanpa sebarang penderhakaan dengan harapan bodekan yang dibuat memenuhi apa saja yang dihajatkan. Jika kita sebagai rakyat tidak memainkan peranan diatas perkara ini nescaya ianya akan menular dalam kepimpinan sehingga ke akar bumi yang menyebabkan seluruh rakyat akan rugi dan akhirnya binasa dengan omongan kosong pemimpin pada setiap penggal yang berlalu. 

Secara ikhlasnya,Lu fikirlah sendiri, Usahlah menggapai bintang kiranya hari masih siang,kerana bintang itu takkan terbit jika waktunya bukan malam.Ketahuilah kebenaran yang telah ada dan wujud sekian lama dari terus menanti angan jenin 16 september..Anda mampu mengubah dan pastikan terubah...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...