NIK AZIZ BERI AMARAN KEPADA PENYOKONG PAS YANG MELAMPAU

Ramai yang beranggapan GK adalah seorang yang anti Nik Aziz dan tidak kurang juga yang menganggap anti Ulamak, persepsi ini perlu diubah kerana tujuan disetiap pembongkaran adalah benar dan bukannya fitnah semata-mata. Ini bagi memberi gambaran sebenar kepada rakyat untuk mengenali siapa sebenarnya Nik Aziz, Dahulu dan kini kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz sangat berbeza dan sentiasa berubah-ubah. Dibawah GK terbitkan dari beberapa fatwa melampau beliau terhadap Umno dan Barisan Nasional.

DULU..

"Jikalau malawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
(Mengajar di masjid Kg. Pulau Melaka, petikan buku Parti Islam: Antara Realiti dan Fantasi oleh Ustaz Omar bin Khalid).


Anggap tindakan PAS mengkafirkan ahli UMNO sebelum ini dilakukan oleh ahli Pas yang melampau. "Itu tuduhan orang PAS yang melampau.Pemimpin Pas, saya fikir tak macam tu sebab mereka mempunyai pemikiran jangka panjang."
(Kenyataan dalam Berita Harian 3 Jun 1999)

KINI..

Tapi sebulan kemudian, dia berkata "Terdapat unsur kafir dalam Umno kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara... Umno juga ada ciri kafir."
(Kenyataan dalam ceramah di Padang Tembak,Pengkalan Chepa pada 3 Julai 1999)

JADINYA..

Nik Aziz termasuk dalam golongan pelampau sebab dia juga terbabit dengan kerja mengkafirkan Umno. Kalau tak masuk Pas dianggap kafir,apakah status orang-orang Islam yang jadi ahli Keadilan dan Parti Rakyat Malaysia juga kafir? Kafirkan Anwar Ibrahim? Kafirkan Dr. Wan Azizah? Kafirkan Syed Husin Ali? Kamaruddin Jaafar pernah menjadi ahli Umno sebelum menjadi ahli Pas. Apakah status Kamaruddin semasa dia menjadi ahki Umno - Islam ke kafir?

Sebagai ulama dan pemimpin Pas, Nik Aziz tidak mengambil tindakan menghentikan perbuatan kafir mengkafir. Dalam perhimpunan, ahli-ahli Pas sering kedengaran berteriak 'taghut kafir' kepada orang yang mereka tak suka atau melaungkan 'Hapuskan Kufar, Hapuskan Barisan'. Nampaknya Pas ingin membentuk anggaota masyarakat kurang beradab, berakhlak rendah dan mengamalkan budaya maki hamun.

Diharap anda semua jelas dan dapat melihat gambaran ini sebagai satu hidayah dari Allah taala, Oleh itu berfikirlah anda mampu mengubahnya.

1 comment:

  1. Ambo tok sir oghe make gaji buta11/21/2011 8:04 AM

    Salam GK,

    Ek cokek mok bolok.. eheheh cokek pok mum... adoii nak komen takleh GK Ooii.. dok ikut latah pulak dah... sekalo oghee tua tua jah latah ni.. Adooii dok gi ajuk latah wakpaa.. eeh cokek mok bolok.. eeh islam tu indah ek indah tu islam takleh nak komen laa... GK dok latah sokmo nii..

    Papun teruskan berkarya GK..ISLAM TU INDAH.. Ubah ngan tak ubah.... SALAM SATU MALAYSIA.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...