UMNO SIKIT PAS SIKIT RAKYAT SAKIT ORANG MUDA BANGKIT

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH PAS

UMNO KATA KITA KENA TUMBANGKAN PAS

1. Pas adalah sebuah Jamaah Islam yang memperjuanglan sebuah pemerintahan Islam sebagaimana diwajibkan oleh Allah SWT. Begitu pula, PAS yang berjuang diatas landasan politik adalah berpegang teguh kepada kitab Al-Quran, Al-Hadis,Ikmal Ulamak dan Qias..

Realitinya

PAS tidak melambangkan Islam dan Islam tidak dilambangkan oleh PAS. Ia menggunakan Islam hanya untuk meraih undi penganut Islam setiap kali menjelang pilihanraya. PAS cuba untuk meyakinkan rakyat bahawa ia sahajalah parti yang memperjuangkan Islam tapi ia sebenarnya memperalatkan Islam. PAS menuduh UMNO sebagai KAFIR, padahal Umno telah memperjuangkan Islam sejak sebelum Merdeka lagi. Perlembagaan Islam mengangkat Islam sebagai agama rasmi negara.

Pas mendabik dada kononnya ia berpegang kepada al-Quran. Tapi segala tindakann kelakuan dan kenyataan pemimpin-pemimpinnya bertentangan dengan Islam. Lihat saja isu SHIT, bekerjasama dengan Syaitan,isu Pas Besut dan bekerjasama dengan parti pembangkang yang selama ini dianggap sebagai musuh Islam. Pas juga menghina Allah SWT (menyatakan Allah juga mencarut), memecah-belah umat (kafir-mengkafir), merapu (lelong Putrajaya), pengamal Takiyyah (menipu), dan mungkir janki (Jawatan TMB II).

Pas mengamalkan ciri-ciri ajaran Syiah dan Khawarij. Pemimpin-pemimpin tertingginya bersifat maksum dan tidak boleh dikritik. Semacam ada diktator Ulamak.

2. Kerajaan BN lemah. Selama lebih 21 tahun, sejak 11 Mac 1978 Kelantan telah diperintah oleh BN. Dalam tempoh banyak kegagalan telah berlaku dalam urusan politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial. Banyak janji dlam pilihanraya 1978,1982, dan 1986 tidak tertunai. UMNO kelantan telah melakukan banyak kesilapan, penyelewangan dan mengambil sikap bermusuh dengan pihak-pihak tertentu.

Realitinya

Selama lebih 40 tahun,sejak 1959-1978 disambung pula pada 1990-2011 Kelantan telah diperintah oleh Pas. Banyak kegagalan dan penyelewangan telah berlaku dalam urusan politik, pentadbiran, ekonomi dan sosial. Terlalu banyak janji yang tidak tertunai. Pas juga mengambil sifat bermusuh dengan berbagai pihak (Istana, wanita, kakitangan dan kerajaan Pusat) dan bersekongkol dengan DAP dan PRM(Sosialis Sekular Melayu). Rakyat Kelantan telah menolak Pas pada pilihanraya umum 1978,1982 dan 1986 kenapa? Kerana rakyat Kelantan tahu Pas telah menyeleweng dan tidak mampu membangunkan negeri. Sudah sampai masanya rakyat Kelantanmembuat keputusan menolak Kerajaan Pas kerana jelas ia telah memungkiri janji, gagal menunaikan tanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

2.1 Sikap Umno Kelantan membawa permusuhan dengan rakyat,pegawai-pegawai tadbir, negeri dan malahan pihak istana.


Realitinya


Pas adalah punca permusuhan dengan rakyat. Ia juga bermusuh dengan pegawai tadbir negeri dan pihak istana. Malah Nik Aziz sendiri pernah menghina Istana dan menganggap sultan kelantan seolah-seolah 'bukan manusia'.

2.2 BN yang diterajui Umno gagal mempertahankan imej negeri Kelantan sebagai negeri 'Serambi Mekah'.

Realitinya


Dibawah pentadbiran Pas, Kelantan mencatat kadar kemiskinan tertinggi, kadar perceraian terbanyak, dan bilangan penagih dadah paling ramai. Beginikah Negeri Serambi Mekah yang Pas idamkan.

2.3 Gagal melaksanakan pembangunan. Islam untuk dihayati dan diamalkan. Apa yang jelas Dasar penerapan Nilai-nilai Islam yang dilaungkan sejak pilihanraya 1982 ini hanya ibarat 'menanam tebu dibibir sahaja'. Sebaliknya penonjolan unsur-unsur maksiat sengaja ditaja dan digalakkan.

Realitinya


Lihat sendiri rekod Umno.UMNO-BN telah mendirikan Universiti Islam Antarabangsa(1983), Bank Islam(1983), Syarikat Takaful (1984),  dan Sistem Perbankan Tanpa Faedah (1993),42buah Sekolan Menengah Agama Persekutuan. Apa sangatkah yang telah dibuat oleh kerajaan Pas berbanding kerajaan Umno. Pas hanya pandai buat macam-macam fatwa, kafir mengkafir sesama Islam (Amanat Haji Hadi), wanita rupawan tidak perlu diberi kerja dan Kaunter Bayaran berasingan lelaki dan perempuan di Pasaraya. Yang anehnya lelaki dan perempuan dibenar pula bergaul di Pasar Besar Siti Khatijah. Apa ni?


2.4. Imej bangsa melayu sebagai anak jati Kelantan semakin tergadai dalam banyak bidang kemajuan. Walaupun pemimpin Umno terus melaungkan ungkapan untuk membela bangsa, ia hanyalah sebagai umpan di mata kail sahaja.

Realitinya


Menuduh orang lain untuk menutup kelemahan sendiri memang kerja Pas. Yang menggadai imej orang Melayu ialah Pas. manakala dibawah pemerintahan Umno, ramai anak Kelantan berjaya hingga dapat memegang jawatan besar di jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan,menjadi usahawan dan tokoh korporat yang berjaya dan dan dihantar belajar ke Universiti terbaik didalam dan luar negara. Ini semua keberkesanan dasar pemerintahan Umno-BN.

2.5 Gagal menyelesaikan masalah-masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa dan krisis keyakinan seperti pertukaran pegawai-pegawai tadbir negeri dibawah Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN).

PAS gagal menyelesaikan masalah bekalan air dan  menanggung kerugian yang besar. Kerajaan Negeri terpaksa membayar kepada THAMES WATER syarikat milik British yang memegang saham bersama anak syarikat Kelantan Water Sdn Bhd. (KWSB)  sebanyak RM50 Juta. Kerajaan kelantan juga terpaksa menanggung segala kerugian KWSB berjumlah RM69Juta. Juta-juta semua ini bukan duit Nik Aziz,Tapi duit adik kakok, pokcik mokcik atau dipanggil jugak Duit Rakyat.

Tidak cukup dengan itu PAS meminta bantuan Kerajaan Pusat atau disebut juga oleh PAS Kerajaan Yahudi sebanyak RM600 Juta untuk menyelesaikan masalah  ini. Pas mengutuk kerajaan BN Kelantan yang telah berhutang sebanyak RM700 Juta dari Kerajaan Pusat selama memerintah dari tahun 1978 sehingga 1990. Dalam masa yang sama hanya setahun sahaja PAS juga telah berhutang dengan Kerajaan pusat sebanyak RM600 Juta ini menjadikan hutang Negeri Kelantan bertambah 100peratus.

Jadi kalau macam ni punya keadaan lebih kurang sama sahaja diantara kedua parti ini, sama tak sama pun kita hidup ni nak makan,nak pakai atau dengan kata lain nak PITIS. Cukup bulan nak kena bayar macam-macam bil, Cukup tahun pula nak kena bayar cukai tanah, cukai pintu dan sebagainya. Cukup masa nak kena beli juga kain kapan standby nak masuk kubur. Yang kerajaan reti sebut untung dan rugi, Kesilapan kerajaan menyebabkan kerugian adalah satu beban yang cukup besar kepada rakyat, Tapi sedikitpun mereka rasa tidak bersalah. kerana apa???
Sambungan nanti seloka bersahut buat Menteri

3 comments:

  1. Ambo tok sir oghe make gaji buta11/16/2011 1:40 PM

    Salam GK,
    Ingat nak pi kedarah.. singgah sat sonok pulak campuq ngan risau pun ada gak.. mau idak hang dok habaq banglo kecik tiang dua tu wak pa.. orang banyak tak muat.. tuk kita sorang boleh la kot..sabaq dulu bukan la ni.. keja lum habih gi ni.. pantun sikit bolih..

    Kejaan sebut untung rugi sajaa
    Kesilapan beban untuk rakyat jelataa
    Nak kata pa mengkalu dua dua sama sajaa
    Antara baik dan terbaik kena dok kira jugak kaa

    Adeeeeh lama tak pantun..pa pun pi dulu noo.. hihihi...

    ReplyDelete
  2. Ganas...analisa demo. Sbb tu PAS dgn UMNO serupo kentut dgn taik jah. Kalu PAS kentut, UMNO taik. Kalu UMNO kentut PAS taik.. busuk bangar belako..tp PAS letak kopiah dan pakai serban. nampak sikit baik tapi munafik belako ni..Nik Aziz satu hal jugok ..dok makan pong budok2 muda spt Husam dll.puok2 ni pakat cari pitih belako jah..pakat bini ramai..ambil org kemboja..peret 2 org anak tinggal..gi nikoh lain pulok..menatang Yahudi belako ni..org kampung la jadi mangsa penipuan "ustaz" PAS dan ore2 UMNO..belawok hijau belako..anak Nik Aziz kayo jugok..Nik Aziz tak makan pitih..anak dio "ranggah"..serupo jah..anak bapak!!!

    Pengundi Pening
    Kedai Lalat

    ReplyDelete
  3. Politik sangat global,cara dan tuju ,mengikut kaedah2 tertentu serta pendekatan gokongan sasar,Rjukan Mana Janji ? Abu Sa'id Al-Khudri.Taksub tanpa Backup hancussss...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...