LIHAT PERJUANGAN ISLAM YANG SEBENAR DAN KUBURKAN PAS

MENGENAI HUKUM HAKAM ISLAM
1.) Sebagai asas kepada perjuangan Islam sepatutnya PAS Mewujudkan satu pasukan gerakan dakwah profesional untuk menerangkan kepada masyarakat tentang isu-isu yang berbangkit, seperti isu Jais menyerang Gereja baru-baru ini, Isu yang ditimbulkan oleh Nik Ajis sendiri yaitu Nabi Muhammad sama dengan Mat kat kampung kita, Isu tahlil, Hudud dan beberapa hukum mengenai Islam yang dibawa oleh Dr Asri dan tokoh ulamak lain yang jauh bertentangan dengan adat yang telah kita buat selama ini. Paling kurang pun PAS sediakan satu BLOG yang menangkis dan menjawab mengenai hukum-hukum Islam dan di pautkan oleh semua blogger PAS. Kenapa tak boleh buat? Umno tak bagi ke atau kena gubal perlembagaan dan tunggu kelulusan di Parlimen.

2.) Pas buat apa di Kelantan? Soal nikah kahwin, persandingan yang dituntut oleh Islam macam mana?Kehidupan cara Islam yang sebenarnya yang banyak bertentangan dengan cara buat masyarakat seharusnya di khususkan dalam penyampaian dakwah.Tapi seakan menampakkan PAS tidak berani menyatakan ISLAM yang sebenarnya kerana dikhuatiri boleh menjejaskan undi. Amalan datuk nenek yang kuat tidak memungkinkan ianya berlaku kalau kita tidak yakin pada ALLAH. 
 
3.) Apa yang dapat dilihat dalam PAS ialah percanggahan pendapat mengenai hukum-hukum Islam dan seakan tiada satu persefahaman yang menjadi salahsatu punca pegangan akidah umat Islam sedikit tergugat. Tokoh ulamak Pas sendiri bercakaran mengenai hukum yang sebenarnya dan secara laser menyatakan pada sidang akhbar tanpa perbincangan dan rujukan bersama ahli ulamak yang ada di dalam PAS.

MENGENAI EKONOMI DAN MASALAH RAKYAT

1.) Mengapa susah sangat PAS nak basmi kemiskinan, Takkanlah kezuhudan makan nasi sampai jilat pinggan pun tak dapat nak basmi juga, Kalau macam tu apa bezanya dengan Umno, Kalau ya pun Zuhud agak-agak lah, Nak tunjuk kat siapa? Tak payah temberanglah, Cukuplah bersikap munafik. ALLAH maha berkuasa dan akan memperlihatkan segalanya nanti.

2.) Jika Pakatan Rakyat ikhlas nak perjuangkan hak rakyat dan bencikan BN sebab rasuah, menyeleweng hasil negara dan sebagainya tapi secara selambernya membeli kereta Toyota Camry menggantikan Perdana V6 di negeri Perak. Akhirnya dengan kuasa Allah semua Toyota Camry terlelong, Itulah balasan kepada pengkhianat agama, Menuduh senanglah, Itu tak kena, ini tak kena, Bila dapat memerintah macam-macam alasan, DAP pun satu, Kalau ya pun nak pakai KUDA, carilah kuda yang bagus....

3.) Penyakit AIDS tertinggi adalah di negeri KELANTAN. Malunya rasa...Tak rasa bergegar ke serban Nik Aziz tu, Bala sungguhlah kalau macam ni, Cukup-cukuplah rakyat Kelantan memilih PAS untuk memerintah. GK bimbang sedikit masa lagi HIV ini dijadikan satu label negatif  kepada rakyat Kelantan oleh rakyat negeri lain, Kalau rakyat Kelantan  dahulunya pernah dikenali dengan 'Gedebe' jangan pula sedikit masa lagi dilabel dengan perkara-perkara seumpama ini. Tapi ia tidak mustahil sekiranya peningkatan kadar pesakit HIV gagal dikurangkan oleh Kerajaan PAS akibat sibuk berceramah dan memaki hamun orang lain. Ini juga merupakan kegagalan kerajaan negeri dalam menangani masalah sosial di negeri Kelantan.Mana ada pemimpin PAS nak peduli. Tak payah cakaplah. Kalau tak, lama dah aman Kelantan ni, jika pemimpin tidak 24Jam main politik. Diberi mandat tapi menyalahgunakannya.

Sebahagian dari apa yang GK bentangkan, disini dapat kita rungkaikan satu keadaan sebenar yang berlaku dibawah pemerintahan PAS di Kelantan, dimana dan bagaimana kita mengenali ciri-ciri sebenar Pemimpin Islam. Insyaalah kita akan bertemu dengan keredhaan Allah yang telah dijelaskan didalam Al-Quran dan Hadis mengenai kehendak-kehendak Islam yang sebenar.Rakyat Kelate mampu mengubahnya...

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...