RAKYAT KELANTAN ADAKAN DEMONTRASI BERSIH AIR 3.0 NIK AZIZ KATA OK

Rakyat Kelantan semakin resah bila mengetahui keadaan air di negeri tersebut dicemari dengan bakteria berbahaya termasuk E.Coli. Bakteria tersebut boleh mengakibatkan penyakit kanser pada kulit, paru-paru, pundi kencing serta hati. Bakteria 'mangan' pula boleh menyebabkan gangguan saraf dikenali 'mangenism' (menggeletar seperti pesakit parkinson) selain gejala psikiatri seumpama halusinasi.

Sejelasnya itu, apa tindakan rakyat Kelantan seterusnya bilamana mengetahui hal yang demikian. Lebih mendukacitakan, kenyataan daripada wakil Nik Aziz yang cuba menutup isu dengan menyalahkan pihak lain adalah satu tindakan yang tidak wajar lebih-lebih lagi ianya berkaitan soal kesihatan dan nyawa rakyat. Sedarkah Nik Aziz rakyat Kelantan menjaga kesihatan sehinggakan ada yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit semata-mata membeli produk kesihatan dan juga penapis air. Ianya bagi mengekalkan kesihatan diri dan keluarga untuk terus mencari rezeki bagi menyara anak-anak serta isteri-isteri. Tanpa kesihatan yang baik sukar untuk seseorang itu melakukan rutin harian seperti amal ibadat, mencari nafkah dan sebagainya.
Menyalahkan orang lain adalah lumrah
                                                
Sangat dikesali buat sekalian rakyat Kelantan bila kenyataan wakil kepada Nik Aziz yang dipetik sebagai berkata " Laporan muka hadapan Mingguan Malaysia hari ini membawa tajuk "Air Kelantan Terkotor?". Tanpa fakta, tanpa data, sebarang tajuk bebas diletakkan dengan tanda "?". Jangan lupa, akhbar yang sama pernah membawa tajuk yang kemudiannya disahkan bohong iaitu "Kristian Agama Rasmi?" Jika akhbar ini boleh berbohong pada satu kali, apa halangannya untuk berbohong untuk kali kedua? Ingat Utusan, ingat bohong. Ingat Utusan, ingat fitnah."
Apakah kenyataan yang sedemikian seharusnya dikeluarkan oleh orang yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan rakyat di negeri Kelantan. Sungguhpun begitu, bukankah elok sekiranya wakil daripada Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang seperti ini "Diminta rakyat bertenang dan kerajaan Pas Kelantan sangat memandang serius terhadap masalah ini kerana ianya berkaitan dengan kesihatan rakyat. Kerajaan pas Kelantan akan memanggil penganalisis juga wakil daripada Kementerian Kesihatan, AKSB, dan Panel kepada Kerajaan Negeri untuk mengesahkan sekali lagi ujikaji yang telah dilakukan oleh pihak tersebut. Ianya bagi memastikan masalah ini dapat diambil tindakan segera yang sewajarnya"

Begitulah seharusnya kenyataan yang patut keluar daripada mulut seorang pemimpin sekiranya ia benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat. Lebih-lebih lagi pemimpin tersebut seorang ulamak. Perkara yang melibatkan nyawa ini tidak boleh dipandang remeh dan dipermainkan sewenang-wenangnya oleh mana-mana pihak. Benar atau tidak laporan tersebut sepatutnya ia disah terlebih dahulu oleh kerajaan negeri, bukannya mengambil keputusan seolah-olah melepaskan batuk ditangga yang bersifat memburukkan orang lain demi menjaga kepentingan politik yang tidak pernah sudah.

Untuk itu, kepada seluruh rakyat Kelantan yang pentingkan kesihatan diri dan keluarga serta berani @gedebe untuk mempertahankan hak kita, marilah kita beramai-ramai untuk turun berhimpun dan mengadakan demonstrasi aman seperti yang telah dilakukan pada perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Ianya bagi mendesak Kerajaan Negeri supaya menyiasat dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah air yang tercemar ini. Jika tidak, kita akan terus diperbodohkan demi politik sempit mereka dan GK yakin rakyat Kelantan semuanya bijak serta berani untuk tampil menentang sesiapa sahaja yang mengganggu gugat kestabilan hidup yang menjadi hak untuk dinikmati oleh setiap insan.

Tunjukkan kepada semua yang kita anak Kelantan mempunyai keberanian dan daya fikir yang tinggi dalam menuntut hak kita. Jangan kita anak Kelantan dianggap sebagai dayus yang mudah diperkotak-katikkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga merelakan untuk dilakukan apa sahaja kepada diri, keluarga dan tanah air kita. Dimana jati diri kita sebagai anak Kelantan yang sebelum ini sangat mahsyur dan disegani oleh segenap masyarakat.  Lakukan Revolusi, Anda Mampu Mengubahnya...
  

Ayuh bangkit puok kito jange buat donno, 
Lamo kito tido tok kaba kito jenero,
Kito ore kelate buke mudoh keno boddo,
Buke nok tunjuk metto buke jugok tunjuk biso,
Mari sini belako-lako kito pakat wak kiro,
Kalu tok ser pun tok apo ambo tidok pakso,
Sajo bui idea nok suruh kerajae reti baso,
Baru kito seleso hidup kito tidok nyaknyo.

6 comments:

  1. Kawe sokong,nok buat bilo?,mana?Molek buat lepas jumaat.kawe lawe sokmo...

    ReplyDelete
  2. jolo ko ni bos,keh ghepok,oyak moleklah bilo.kito ore kelate bako ore berani,sekali ni kito pakat kube puok2 ni

    ReplyDelete
  3. buleh sangatlah...

    ReplyDelete
  4. Molep2 .kito belarok kot atas ghetok pulau melako,bele2 tgk nik aziz buat gapo.kawe sokong 100peratus wojib buat demontrasi.nok tengok nik aziz kato halal ko hare.

    ReplyDelete
  5. Kalau kita rajin tanya bebudak, depa tentu kata syok ooo jadi orang tua tua... boleh buat apa depa suka terutama bila yang dah ada kosa... haha... Ca hangpa tanya orang tua tua pulak, depa lebih suka jadi bebudak, boleh buat apa depa hendak, boleh dapat apa depa mintak, tanggungjawab langsung tak dak... haha...

    Pentingnya cari lah hati yang tenang,jangan dok loklaq tak tentu hala.. hihihi...

    ReplyDelete
  6. Puki taikla nak ambik simpati kerajaan persekutuan, ingat kata Nik Ajis "Bantuan diaorang bagi kita ambil, undi bagi pada PAS" Orang Kelate tak boleh dipercaya macam cina DAP

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...