DIANTARA KERINCHI DAN LEMBAH SIREH !!! KERINCHI DAH SELESAI LEMBAH SIREH BAGAIMANA ?

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Rabu menyerahkan kunci rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada 22 keluarga di kawasan perumahan Flat 17 Tingkat, Kampung Kerinchi di sini.
Mereka adalah antara 35 keluarga yang sebelum ini enggan berpindah ke kediaman baru yang disediakan DBKL sejak tahun 2009, kata Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL Sukiman Surahman.

Beliau berkata penyerahan kunci dan perpindahan penduduk di flat itu merupakan fasa terakhir dan berharap mereka dapat mengosongkan kediaman masing-masing dengan kadar segera selewat-lewatnya sebelum 10 April.

"DBKL berpuas hati kerana baki 35 keluarga yang enggan berpindah sebelum ini telah bersetuju berbuat demikian walaupun masih ada 13 keluarga yang tidak hadir untuk mengambil kunci rumah baru mereka.

"Mereka yang belum mengambil kunci boleh berbuat demikian di pejabat pemaju yang terletak berhampiran kawasan ini...kami turut menyediakan kemudahan lori pada hari ini dan esok bagi memudahkan kerja mengangkut barang dan proses pemindahan mereka," katanya.
-- BERNAMA

Yang tinggal 13 orang tu tak tahulah nak apa lagi, kalau macam ni punya proses barulah adil, dan tiada masalah berbangkit lagi, yang tak ambil lagi kunci boleh diambil di pejabat pemaju.

Maknanya perkara ini sudah jelas, tapi bagaimanapula dengan isu LEMBAH SIREH dibawah kerajaan berkebajikan ? kalau dah beres panggil media buat pc habis cerita, jangan pula panggil media nak suruh dengar alasan dan perbelitan, sebab tiada masa diaorang nak dengar. Anda Mampu Mengubahnya.



No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...