PAS KELANTAN SEMAKIN TERDESAK, ISU LEMBAH SIREH BELUM BERJAWAB.

Penjelasan yang terperinci perlu dibuat oleh kerajaan Pas Kelantan kerana sehingga kini kerajaan Pas belum lagi menjawab isu Lembah Sireh sepertimana yang dibangkitkan oleh rakyat dan juga media. Isu ladang rakyat, pelabuhan darat, tanah  rizab Melayu dan sebagainya setakat ini bukan isu utama yang rakyat ingin tahu.

Tetapi isu Lembah Sireh adalah isu utama yang perlu dijelaskan oleh Kerajaan Pas Kelantan, penjelasan pula hendaklah diberikan secara fokus terhadap isu tersebut dengan menjawab segala perkara yang ditimbulkan penduduk di Lembah Sireh itu sendiri.

Setelah mengikuti setiap penjelasan yang diberikan oleh pihak kerajaan negeri, dengan ini hendak ditegaskan bahawa jawapan-jawapan yang diberikan itu langsung tidak menjawab atau dapat menyelesaikan isu yang dibangkitkan, kesemua jawapan bersifat liar dan cuba lari dari isu sebenar selain menuduh dan membanding-bandingkan diantara kerajaan.

Kalau barang betul barang benar apa nak susah, Kerajaan negeri dilihat seolah-olah berlepas tangan dalam isu Lembah Sireh, banyak hala dari tuju, sedangkan menjawabnya cukup mudah jika tidak melencong-lencong hingga sampai ke bulan. Jika melihat pada isu yang dibangkitkan oleh sebuah portal online Detikperubahan.com  ialah seperti berikut :

Isu utama dalam pembangunan Lembah Sireh adalah perjanjian di antara kerajaan Pas Kelantan dengan pemaju, Liziz Standaco Sdn Bhd serta petani yang bercucuk tanam di kawasan berkenaan sejak 100 tahun lalu.

Perjanjian itu bermula pada tahun 2003 dan pembangunan mengambil masa dalam tempoh 11 tahun.

Liziz mendapat hak untuk membangunkan tanah seluas 1,000 ekar termasuk tebus semula di Sungai Kelantan di Kota Bharu untuk dijadikan sebagai bandar baru termasuk waterfront rujuk http://lizizstandaco.com/ tetapi dengan beberapa syarat yang perlu diselesaikan dalam tempoh 11 tahun itu.
Pemimpin Pas tidak pernah untuk menjawab isu yang dibangkitakan rakyat Lembah Sireh pada kedua-dua video ini.
Syarat yang pertama, Liziz perlu membina sebuah jambatan daripada Palekbang ke Kampung Cina dengan kos sebanyak RM20 juta. 

Jika jambatan ini dimasukkan di bawah Rancangan Malaysia maka syarikat tersebut perlu membayar jumlah kos tersebut kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Syarat yang kedua, Liziz juga perlu memperbesarkan jambatan Sultan Yahya Petra yang melibatkan kos sebanyak RM20 juta dan jika ia dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat maka wang kos tersebut perlu diserahkan kepada Kerajaan Pas Kelantan.

Syarat yang ketiga, Liziz perlu membina sebuah masjid yang boleh menampung jemaah seramai 2,000 orang. Masjid tersebut dikatakan menjadi mercu tanda baru dan masjid negeri.

Syarat yang keempat, Liziz perlu membina ruang niaga kepada petani di kawasan tersebut sebagai ganti rugi kepada peniaga terbabit disamping bayaran pampasan dalam jumlah tertentu.

Bagaimanapun dalam tempoh dua tahun sebelum perjanjian itu tamat, tidak ada sebarang tanda-tanda Liziz akan melaksanakan semua janji itu. Persoalannya benarkah ia begitu ataupun ada balak disebalik getah ?

Kerajaan Kelantan sepatutnya menjawab dengan jujur bukannya mengaitkan dengan akta itu dan ini, tunaikan HAK rakyat mengikut cara keadilan didalam Islam jika kerajaan Pas tidak mengzalimi rakyat sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.

Sumber rujukan Isu yang dibangkitkan
Sumber pertama Klik Disini
Sumber kedua Klik Disini
Sumber ketiga klik Disini
Sumber keempat klik Disini

Sumber rujukan Isu yang dijawab
Sumber pertama Klik Disini
Sumber kedua Klik Disini
Sumber ketiga Klik Disini
Sumber keempat klik Disini
Sumber kelima klik Disini

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...