HUKUMAN RINGAN PADA HOSLAN SETIAP HARI HAKIM AKAN MAKAN KASUT

PUTRAJAYA- Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya melalui hukuman penjara yang berat terhadap bekas imam Hoslan Husin atas perbuatannya membaling kasut kepada panel hakim Mahkamah Persekutuan dapat menebus maruah mahkamah itu.

Dalam penghakiman bertulis setebal 16 muka surat, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin berkata perbuatan membaling objek seperti kasut selalunya dianggap sebagai perbuatan biadab, merendahkan martabat dan menjatuhkan maruah seseorang, lebih-lebih lagi apabila perbuatan itu dilakukan terhadap panel hakim Mahkamah Tertinggi di negara ini.
"Walaupun pelakunya (Hoslan) membuat permohonan maaf, kami tidak fikir ia dapat mengurangkan ukuran kesalahan itu," kata Hakim Zulkefli dalam penghakiman beliau tentang kewajaran hukuman penjara setahun yang dikenakan terhadap Hoslan.

Beliau berkata hukuman itu juga sewajarnya digunakan sebagai tempoh untuk bermuhasabah diri oleh Hoslan mengenai tindakan buruk yang dilakukannya.

"Kami bersimpati terhadap isteri dan tujuh anaknya yang masih kecil, tapi undang-undang perlu dilaksanakan," kata beliau. Hakim Zulkefli berkata serangan kasar terhadap para hakim perbicaraan untuk mempamerkan kekecewaan dan perasaan meluatnya (Hoslan) tentang keputusan yang tidak menyebelahinya, dengan jelas menjatuhkan maruah dan kuasa Mahkamah Persekutuan dan perbuatan ini tidak boleh diterima.

Katanya kritikan yang ditujukan terhadap hakim atau keputusan mahkamah perlulah dibuat dalam lingkungan ketertiban yang sewajarnya dan dengan niat baik.

Hakim Zulkefli berkata panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan tidak menjatuhi hukuman terhadap Hoslan, 46, berlandaskan kepentingan peribadi, tetapi sebagai langkah untuk melindungi, memulihara kuasa, kehormatan dan maruah mahkamah tertinggi itu.

Perbicaraan permohonan semakan semula penghakiman yang dikemukakan Hoslan dijalankan di hadapan panel lima hakim yang dipengerusikan Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria.

Bagaimanapun, panel hakim telah menangguhkan permohonan ke Isnin ini bagi membolehkan peguam Karpal Singh, yang mewakili Hoslan, Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin dan peguam Datuk S.Ambiga sebagai peguam pemerhati daripada Majlis Peguam), meneliti penghakiman bertulis terhadap hukuman penjara itu.

Panel itu turut dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Ahmad Maarop dan Datuk Zainun Ali.

Hoslan memfailkan permohonan semakan semula kehakiman terhadap hukuman setahun penjara yang dikenakan terhadapnya kerana menghina mahkamah dengan membaling kasut kepada panel Hakim Mahkamah Persekutuan, yang dianggotai Hakim Zulkefli dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaleha Zahari pada 22 Feb tahun ini, selepas panel hakim itu menolak permohonannnya untuk merayu dalam satu kes sivil.

Pada hari berkenaan, Hoslan hadir di mahkamah untuk mencabar perintah yang menghendakinya keluar dari kawasan Masjid Ar-Rahimah di Kampung Pandan kerana masalah tatatertib.

Hoslan menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 8 Mac. -Bernama

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...