Sukar dinafikan, sesungguhnya Umno masih lagi menjadi tulang belakang orang Melayu. Ia masih lagi menjadi tempat bergantung orang Melayu.
Ini kerana perjuangan parti-parti Melayu lain pun semakin tidak boleh diharap sangat untuk membela bangsa itu.
PKR, ialah parti yang tidak mempunyai perjuangan yang jelas. Ia hanya berjuang untuk kepentingan Anwar Ibrahim.
PAS, sebuah parti Melayu yang konservatif juga tidak boleh diharapkan. Ia menjadi parti yang tidak tetap pendirian. Sekejap terlalu fundamental Islam, sekejap terlalu liberal Islam dan kini PAS dikatakan telah menjadi sebuah parti yang ultra-liberal.
PAS sudah menyimpang sama sekali daripada perjuangan asalnya — gara-gara terlalu terikut kepada pendirian liberal Anwar Ibrahim dan aliran ultra kiasu DAP.
Memang benar aliran ultra-liberalisme semakin berkembang di negara ini. Jika dulu ia bergerak secara senyap, kini kumpulan ini sudah berani ke hadapan. Difahamkan aliran itu ditanam oleh orientalis Barat dan disokong serta didana oleh kuasa-kuasa besar.
Menurut seorang pengkaji Islam Liberal yang merupakan profesor di Monash University, Australia, Dr. Greg Barton, kehebatan Islam Liberal bukan sekadar pada namanya “Liberal” tetapi lebih hebat kerana Islam Liberal berjaya memusnahkan akar-akar Islam termasuk persoalan akidah dan syariah.
Beliau yang menghabiskan hidupnya meneliti perkembangan Islam Liberal Indonesia dan menghasilkan tesis PhDnya berkaitan pembangunan Pemikiran Islam Liberal di republik itu menambah: “Islam Liberal akan meruntuhkan tembok sacral al-Quran melalui metodologi dekonstruksi (kritik teks) dan memusnahkan akar syariah dengan ijtihad (penafsiran) terbuka.”
Tujuannya ialah untuk mencairkan aliran fundamental Islam. PAS secara sedar atau tidak sudah terjebak. Oleh itu PAS juga tidak boleh diharapkan.
Setakat ini hanya Umno yang tinggal. Umno masih beruntung kerana ia masih mendokong kerajaan negara ini dan menerajui sebuah parti perikatan yang terdiri daripada banyak parti komponen.
Ikut atas kertas, Umno masih mendapat sokongan ramai orang Melayu.
Namun, adakah Umno sendiri bergerak di atas landasan yang lurus?
Tun Dr Mahathir Mohamad menceritakan mengenai Umno dan orangnya.
Dr Mahathir berkata Umno perlu ditegur dari semasa ke semasa. Sebagai parti yang besar, benar ia memang patut ditegur. Landasan yang bengkuk harus diluruskan.
Apakah ahli-ahlinya, khusus para pemimpin parti itu masih berpegang kepada falsafah asal penubuhannya? Siapa sebenarnya orang Umno sekarang? Ikhlaskah perjuangan ahli-ahli dan para pemimpin Umno ini?
Mengapa masih kedengaran pergeseran di sana dan sini mahu merebut menjadi calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen (MP)?
Apa hebat sangat mahu menjadi calon? Besarkah gaji seorang ADUN dan MP? Mengapa ada yang sudah berjawatan CEO dengan gaji berganda-ganda besar daripada elaun MP atau ADUN, pun sanggup juga melobi untuk menjadi calon?
Dalam usaha kerajaan mahu mewujudkan rakyat berpendapatan tinggi, tinggi sangatkah gaji seorang ADUN dan MP yang mahu direbut itu?
Saya kurang faham mengapa masih berlaku perebutan. Orang itu tikam belakang orang ini dan orang itu. Cantas sana, cantas sini. Malah yang sudah menjadi calon sejak muda sehingga kini umur mencecah 70 tahun pun masih berangan-angan mahu menjadi calon?
Hebat sangatkah mahu menjadi calon?
Ingatlah Umno ialah parti keramat orang Melayu. Perjuangannya ikhlas. Pejuang-pejuangnya dulu juga ikhlas. Ramai pejuangnya yang berada di merata cerok kampung dan desa akhirnya mati dalam kemiskinan.
Namun mereka puas.(bukan puas dapat projek) Puas kerana dapat melihat anak cucu mereka sekarang masih boleh hidup dengan aman dan makmur, walaupun tidak sekaya bangsa lain.
Kita masih mempunyai kuasa politik. Kuasa itulah yang satu-satunya yang kita ada. Pertahankanlah. Tanpa kuasa itu, orang Melayu akan hancur. Dengan penguasaan ekonomi pun lemah, ke mana kita hendak pergi?
Tapi sedarkah orang Umno sekarang? Berpijak di bumikah orang Umno? Merendah dirikah orang Umno?
Ada yang berkata ramai orang Umno kini terlalu extravagant. Bahasa Melayu bermaksud terlalu mewah. Mewah yang kadang-kala lain macam. Benarkah, kata-kata popular mengatakan orang Umno ini kaya-raya belaka?
Kalau nak kaya masuk Umno? Bagi saya itu subjektif. Dalam PKR, PAS dan DAP di negeri-negeri kuasaan mereka juga sedang merebut-rebut projek. Malah, lahapnya lebih dahsyat lagi.
Tapi jika mewah sekali pun perlukah ditunjuk-tunjuk? Jika ada kereta yang mahal-mahal tidak perlu tunjuk-tunjuk. Janganlah masing-masing berlumba membeli kereta mengikut trend.
Ada sahabat bergurau, pakaian perwakilan kaya yang datang ke persidangan, jika dikira dari kepala sehingga ke kaki boleh mencecah nilai puluhan ribu ringgit. Kain samping songket sutera tenunan benang emas boleh mencecah ribuan ringgit. Itu tidak kira cincin batu zamrud, jam tangan hinggalah ke kasutnya.
Orang dulu hanya memakai kain samping Umno. Kain samping Umno pada masa itu sudah menjadi jenama yang dikenali.
Kini, mungkin kerana peredaran zaman, kain samping pun sudah berubah. Ia sudah menjadi barangan mewah. Ahli yang miskin pakai yang murah, yang kaya pakai yang mahal.
Jika DAP mengekalkan baju dan seluar putihnya, begitu juga Gerakan — yang masing-masing mengikut pakaian PAP Singapura, mengapa Umno tidak boleh mengekalkan identitinya semula?
Umno perlu kekal pada sifat asalnya. Kembalilah kepada fitrah semangat perjuangannya. Biar merendah diri dan kerja keraslah demi rakyat. Tunjukkan keikhlasan yang ikhlas, bukan yang dibuat-buat. - Dipetik dari blog RPK
TUKAR - Bukan sekadar dibibir manis, tapi isi kelat berduri....Anda Mampu Mengubahnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(1061)
-
▼
April
(147)
- HARI-HARI DEMONTRASI - LAGI DEMONTRASI SELASA INI
- VIDEO - PC BERSIH 3.0 PANAS !!! BELUM JADI PM ANWA...
- SINAR HARIAN TIDAK MUNASABAH - NASARUDIN
- BERSIH 3.0 SEBENARNYA NAK TUMBANGKAN KERAJAAN - TU...
- UNIT AMAL PAS TAK REMPUH CUMA LOLOS - KETUA PEMBOHONG
- SAYA BAGI ISYARAT BERSURAI TAPI MEREKA REMPUH - AZMIN
- RAKAMAN EKSKLUSIF BERSAMA PESERTA BERSIH 3 .0 - RM...
- BERSIH 3.0 MEMBONGKAR BUKTI TIPU HELAH TERANCANG
- BERSIH 3.0 - BUKTI HARAKAH KELENTONG LAGI
- 18SG BERSIH 3.0 - VIDEO AKHIRI KEBENARAN DAN TERGA...
- VIDEO BONGKAR KEZALIMAN POLIS LANGGAR PESERTA BER...
- UNIT AMAL PAS KAWAL KETAT AMBIGA KATA BERSIH 3.0 B...
- VIDEO GANAS 18SG - MESTI PERCAYA INI KL BUKAN INDO...
- BERSIH 3.0 - KERETA POLIS DITERBALIKKAN PISTOL POL...
- VIDEO TERKINI - BERSIH 3.0 BERAKHIR DENGAN 'HODOH'...
- UPDATE : KRONOLOGI PERHIMPUNAN DUDUK BANTAH 3.0 - ...
- VIDEO TERKINI - PESERTA DEMONSTRASI YANG BIADAB
- BERSIH 3.0 - ANWAR BUAT DAH PERANGAI DIA !!!
- VIDEO TERKINI - POLIS SIAP SEDIA HADAPI PROVOKAS...
- SIMBOLIK KEAJAIBAN JIHAD BERSIH 2.0 - MUNGKINKAH A...
- NIK AZIZ PERBETULKAN FATWA 'WAJIB' SERTAI BERSIH S...
- AMBIGA SEGALANYA HARAM - SENARAI 60 NGO HARAM YANG...
- BERSIH 3.0 - POLIS : BOLEH DUDUK BERAK JANGAN, MAK...
- ZALIM - DITANAM HIDUP-HIDUP DAN KALIMAH TERAKHIRNY...
- KENALI AMBIGA INSAN PALING SUCI.....
- PAK HITAM DIHENTAM AKIBAT KACAU ISTERI ORANG
- BUKTI KEBENARAN AL-QURAN - PENEMUAN RANGKA MANUSIA...
- TUJUH TUNTUTAN BERSIH DIMASUKKAN DALAM SYOR PSC
- JAHANAMLAH !!! AMBIGA PEJUANG SEKS BEBAS DI KOTA S...
- HIMPUNAN LGBT ESOK DIBATALKAN EKORAN TENTANGAN MAS...
- ADA KE YANG BODOH DUIT BR1M BELI LEMBU BAGI KAT PA...
- KJ 'BUDAK-BUDAKKAN' AMBIGA DI DEPAN PENYOKONG BERSIH
- SIDANG DUN 2012 - ORE KELATE MARI TENGOK YB HOK DE...
- SIDANG DUN PALING TRAGIS - YB PAS MENANGIS MOHON H...
- VIDEO EKSKLUSIF - SAHUTAN DARI SEMBOYAN PAPAGOMO
- PERHATIAN !!! GELOMBANG MAYA BAKAL TERCETUS !!!
- TOK PA MESTI JAWAB ISU INI !!! JIKA DAMBAKAN KEME...
- LGBT - PETANDA AWAL NASHARUDIN AKAN DIPECAT SEPERT...
- Hubungi Gelombang Kick
- VIDEO EKSKLUSIF - NIK AZIZ BERKECIL HATI TPM LEBIH...
- SESAT! - BERSIH 3.0 HUKUMNYA FARDHU' AIN ! BERDOSA...
- VIDEO ARTIS MALAYSIA BERPESTA DI THAILAND
- ZAID TERUS TERHUYONG HAYANG, PAS TAKUT DUA KALI TE...
- GANAS !!! AWEK BERTUMBUK DEPAN TIMES SQUARE
- SEKS 'PUNK NOT DEAD' DIHUKUM 9 KALI SEBATAN DI KHA...
- MACAM-MACAM - PERTANDINGAN BERUK PAKAI SKIRT
- BN PERLU AWASI 7 ISU UNTUK MENANG PRU13 - RAIS YATIM
- PANDANGAN DR ASRI MENGENAI BERSIH 3.0
- SUASANA TERKINI POLITIK DI KELANTAN - BN BOLEH MEN...
- VIDEO YB MELAMPAU PULAI CHONDONG KATA NIK AZIZ SEM...
- KELATE - ISTERI MUDA PEMBANTU KEDAI JUAL AYAM MATI...
- MENORA, WAYANG KULIT DAN MAKYONG SUDAH LAMA DILARA...
- TUNGGU SAHAJA BERITA BAIK OK ! - ZAHIDA RAFIK
- AKHIRNYA HUDUD TERLAKSANA DI KELANTAN DENGAN REKAB...
- KAMPUNG SUNGAI PETAI AIR KERUH GATAL GELEBEK
- VIDEO- STUPID YB DI SIDANG DUN KELATE
- VIDEO GEMPAR !!! - EXCO HALALKAN KE DISKO KOREK TE...
- VIDEO-SERANG MAHASAMPAH TERBONGKAR DENGAN LAKONAN ...
- SELEPAS PARLIMEN DIBUBARKAN 12 BLOGGER POPULAR AKA...
- SHAFIE BEDAL ZAHIDA KEPIT....
- MANTAN MUFTI, DR ASRI MULAI RAGU DENGAN PERJUANGAN PR
- MAHASISWA DI DATARAN MERDEKA DISERANG SAMSENG
- KELAB 'TIBAI' DITUBUH UNTUK TOLAK ANWAR DARI POLIT...
- KELATE - DUA AHLI GENG BUYUNG MATI DITEMBAK
- BOB KUMAN : ARWAH AYAH PERNAH WAKAFKAN RUMAH UNTUK...
- لا إله إلا الله PESERTA DEMO MATI DIDEPAN PEJABAT...
- MAHASAMPAH KEMBALI MENGGANAS DENGAN SIRI JELAJAH K...
- DEMO PTPTN - DAH MULA MERENGEK PASAL ANUAR TAK DAT...
- VIDEO - TUTOR UIA PUKUL ISTERI DIDEPAN KHAYALAK RA...
- NI KIJOAN BUDOK MOK BAPOK TOK AJAR - TOK HIM
- HENTIKAN TINDAKAN BODOH - TUNTUTAN MAHASISWA SUDAH...
- INI ORANG TIDAK ASLI BUAT DEMONTRASI - NIK AZIZ
- SMM PERTAHAN TINDAKAN KALUNG BUNGA PADA POTRET PM ...
- AKIBAT STRESS BEKAS PENGACARA RANCANGAN GOSSIP MIN...
- DEMO PTPTN - JANGAN BERTAKBIR MENGIRINGI CACIAN -1...
- MAHASAMPAH TERGEMPAR!!! DADAH DAN KONDOM DIJUMPAI...
- BAGI BETIS NAK PAHA, BAGI BERHIMPUN NAK BERKHEMAH,...
- KLIPVIDEO - PROVOKASI JAHAT MAHASAMPAH TERHADAP DB...
- PENUMBUK SULUNG DBKL TERHADAP GANG SAMPAH ADAM ADLI
- MASA SEKARANG ADALAH TERBAIK UNTUK ADAKAN PILIHANR...
- MAHASISWA CELAKA- LAKUKAN UPACARA MURTAD NAK BAKAR...
- ADAM ADLI SERONOK BERKHEMAH, SIAPA BERANI HALANG ?
- ADAM ADLI TU BODO !!! - PINJAMAN PTPTN WAJIB DIBAY...
- ADAM ADLI PEMBOHONG !!! PENGAKUAN MAHASISWA BERSAM...
- NIK AZIZ SOKONG SISWA KALUNG BUNGA (HINDU) PADA GA...
- INGAT RAMAI !!! 300 ORANG JE MAHASISWA BODOH MABUK...
- MASYAALLAH ! ANEH ADA KUBUR DALAM KUBUR BERCAMPUR ...
- 18SG - AKIBAT KELUARKAN KEPALA KETIKA BAS SEDANG B...
- TESCO KELATE - CURI 3 PAKET MILO DITIBAI SAMPAI PE...
- DASYAT !!! KERANA DOA NIK AZIZ AMARAN TSUNAMI DITA...
- YUNA AWEK ADAM ADLI BONGKAR BAGI BETIS NAK PEHA !!!
- KHAIRY BUKAN CAI ! UJI KEJANTANANNYA DENGAN AMBIGA...
- HUKUMAN RINGAN PADA HOSLAN SETIAP HARI HAKIM AKAN ...
- BETAPA TENANGNYA HATI INI
- IDENTITI ISTERI KEDUA SHAM KAMIKAZE TERBONGKAR !!!
- PENYEMBUR GAS BERACUN MATA TUN M DISELAR HUSAM
- PROGRAM TUKAR DAPAT SAMBUTAN HANGAT, KINI LEBIH 5...
- KRISIS KEPIMPINAN - SALAHUDDIN AYUB AKUI KEDAH BAK...
- PEMIMPIN PEMBANGKANG JANGAN SEPERTI 'PENGGILA SEKS'
- JAMAL, ADAM, ZED, AC, AFDLIN, EMYLIA ANTARA SELEBR...
-
▼
April
(147)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.