BERSIH 3.0 - KERETA POLIS DITERBALIKKAN PISTOL POLIS DIHILANGKAN

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Bersih 3.0 menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis di hadapan Sogo di sini sebelum melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, kereta polis tersebut sedang melalui kawasan berkenaan pada pukul 4.50 petang sebelum sekumpulan penyokong mengepung kereta itu.

Kemudiannya, mereka memaksa beberapa anggota polis untuk keluar sebelum bertindak merosakkan dan menterbalikkan kereta tersebut.

Sementara itu, PDRM dalam laman Twitter turut memberitahu, sepucuk pistol seorang anggota polis turut dirampas di Sogo.

Namun, Amar tidak dapat mengesahkan insiden itu- Mstar
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menemui semula pistol salah seorang anggota meraka yang dilarikan peserta demonstrasi Bersih 3.0 petang tadi.

Perkara berkenaan disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui akaun Twitter beliau.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jika sebarang tangkapan telah dibuat berhubung kehilangan pistol berkenaan.
Selain itu, beliau juga mengesahkan bahawa 22 anggota cedera dalam pertempuran dengan peserta yang bertindak liar cuba merempuh Dataran Merdeka walaupun wujud arahan melarang sesiapa memasuki kawasan berkenaan.

Daripada jumlah berkenaan, dua terpaksa dimasukan ke wad manakala 20 lagi menerima rawatan pesakit luar.-Myneshub


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...