ANDAINYA YBM TENGKU RAZALEIGH HAMZAH MENTERI BESAR KELANTAN

Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Razaleigh Bin Tengku Mohd Hamzah dilahirkan pada 13 April 1937. Beliau merupakan bekas Menteri Kewangan Malaysia (1976-1984) dan Menteri Perdagangan dan Industri (1984-1987).

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengerusi Bank Dunia dan IMF, Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank) dan Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).
Beliau juga merupakan pengasas kepada Petronas (Petroliam Nasional Berhad). Di Petronas, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif oleh Tun Abdul Razak.
Korporat

1964 : Menjadi Penasihat Indian Overseas Bank.
1965 : Dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Bank Bumiputra Berhad.
1970 : Dilantik sebagai Pengerusi dan Pengarah Urusan Bank Bumiputra Berhad.
1970 - 1974 : Dilantik sebagai Pengerusi PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad).
1971 : Mengetuai delagasi perdagangan pertama Malaysia ke Republik Rakyat China.
1974 - 1976 : Dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) - Jawatan Bertaraf Menteri Kabinet
1972 - 1982 : Dilantik sebagai Pengerusi Fleet Group.
1976 - 1977 : Dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Asia (Asian Development Bank).
1977 - 1978 : Dilantik sebagai Pengerusi Board of Governors, Bank Dunia (World Bank) dan IMF (International Monetary Fund).
1978 - 1979 : Dilantik sebagai Pengerusi Bank Pembangunan Islam (Islamic Development Bank).Penglibatan dalam Pembangunan Ekonomi Malaysia


Bermula dari pertengahan tahun 1960-an, dengan sokongan dari Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak, beberapa usaha untuk meningkat pembangunan negara telah diterajui oleh Tengku Razaleigh secara langsung dan tidak langsung. Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilancarkan ialah program pengambilan semula di dalam industri-industri tempatan yang masih dipegang oleh pihak-pihak dari luar negara.

New Straits Times Press

The New Straits Times Press (nama asalnya News Straits Times Press Sdn Bhd) telah ditubuhkan oleh ahli-ahli lembaga Pengarah Straits Times Press (Malaysia) Berhad. Ia merupakan satu usaha untuk memenuhi hasrat dan aspirasi rakyat Malaysia untuk mempunyai pegangan majoriti di dalam syarikat di Malaysia yang mengeluarkan keluaran akhbar yang terbesar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Semua operasi yang berhubung kait "the Straits Times", "the Sunday Times", "the Malay Mail", "the Sunday Mail", Berita Harian dan Berita Minggu telah dipindah milik kepada syarikat yang baru ditubuhkan tersebut. Satu perjanjian telah dipersetujui dalam tahun 1972 di antara ahli-ahli lembaga pengarah dari the Straits Times group dengan Tengku Razaleigh Hamzah mengenai pertukaran milik sebanyak 80 peratus dari jumlah saham "the News Straits Times Press (Malaysia) Sdn. Bhd." untuk kepentingan rakyat Malaysia.

PERNAS

PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad) ditubuhkan pada November 1969 sebagai sebuah syarikat milik penuh kerajaan untuk memenuhi hasrat resolusi di Kongres Ekonomi Bumiputera yang ke 2. Antara pemegang-pemegang saham terbesar adalah Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Bank Bumiputera Malaysia Berhad. Pernas telah bergerak padu dan jitu sepanjang tahun 1970-1974 di bawah kemudi Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi Pernas. Beliau kemudiannya menjadi Menteri Kewangan Malaysia dari 1976 hingga 1984

Oleh kerana pada ketika itu penglibatan bumiputera yang amat rendah di dalam sektor swasta and industri, maka teras objektif-objektif PERNAS adalah:

untuk masuk ke dalam cabang-cabang perniagaan yang boleh pulangan ekonomi yang tinggi,
sekiranya terlibat dalam satu gerakerja usahasama (joint ventures), PERNAS akan menjadi pemegang saham terbesar yang mempunyai kuasa pegangan ke atas urusan-urusan operasi syarikat,
kemasukan tenaga kerja bumiputera berkerja di setiap jabatan dan tahap dalam semua operasi dan peluang perniagaan yang baru,

Sebanyak 8 subsidari telah diwujudkan di bawah PERNAS untuk mencapai matlamat-matlamatnya. Malaysia National Insurance Berhad (MNI) ditubuhkan pada April 1970. Kemudian sepanjang tahun 1970, tertubuhnya Pernas Construction Sdn. Bhd., Pernas Engineering Sdn. Bhd., dalam Pernas Securities Sdn. Bhd. Selepas itu pula, penubuhan Pernas Mining Sdn. Bhd dalam tahun 1973 dan Pernas Edar Sdn Bhd (1974).

Di antara usaha-usaha pengambilalihan korporat dan kemasukan ke dalam bidang perniagaan dan industri yang baru ketika penglibatan Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi PERNAS adalah

Insuran - Malaysia National Insurance Berhad,
Perbankan - Maybank,
Perlombongan - Syarikat Perlombongan Timah yang besar dunia ketika itu, London Tin Company (kemudiannya ditukarnama kepada Malaysian Mining Corporation). Sekarang ia dikenali sebagai MM Corporation Berhad.
Pengeluar Minyak Sawit dan Getah - Sime Darby, Guthrie (company) Berhad, Highlands dan Lowlands Berhad.


Delegasi Perdagangan Pertama ke China

Dalam tahun 1971, Tengku Razaleigh telah menerajui satu delegasi perdagangan ke China dengan hasrat untuk mewujudkan hubungan perdagangan dua hala di antara kedua-dua negara. Ketika di China, Razaleigh telah berjumpa dengan Perdana Menteri China ketika itu, Chou En Lai. Total trade with China stood at a mere Walaupun jumlah perdagangan dengan Negara China bernilai RM105.6 sepanjang tahun 1971,

Namun ia semakin meningkat sehingga mencecah RM1.6 billion pada tahun 1980. Semenjak itu hubungan dengan Negara China semakin akrab dengan terbuktinya kekerapan rombongan-rombongan perubatan, perdagangan dan suka dihantar ke China.
Petronas

Pada 6 September 1974, Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak, telah mengumumkan perlantikan Tengku Razaleigh sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas (Petroleum Nasional Berhad). Tun Razak berkata (terjemahan):

"Di kalangan anak-anak muda yang berpotensi, saya telah berniat untuk membawa Tengku Razaleigh ke dalam Kabinet. Akan tetapi saya mempunyai satu tugasan yang penting untuk beliau, iaitu satu tugasan penting yang sama seperti Menteri Kabinet. Saya telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, yang setaraf seperti jawatan sebagai Menteri Kabinet."

Dengan pengalaman yang dimiliki oleh Ku Li tak dapat dibayangkan bagaimana wajah Negeri Kelantan akan dicorakkan sekiranya beliau menjadi Menteri Besar. Namun itu hanyalah khayalan kerana Ku li adalah seorang pemimpin yang benar-benar bersih, prinsip dan pendiriannya jelas untuk kepentingan rakyat dan sangat bertentangan dengan sebahagian besar pemimpin didalam BN.

Beliaulah satu-satunya pemimpin veteran tertinggi  Umno yang masih aktif dan berketerampilan, semangat lama Umno masih ada padanya, tapi apakah ianya diwarisi oleh pemimpin yang ada pada hari ini......Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...