SUASANA TERKINI POLITIK DI KELANTAN - BN BOLEH MENANG TAPI........

Lain padang lain belalang, dalam menghadapi pilihanraya sokongan dari semua rakyat sangat diperlukan oleh parti-parti politik yang bertanding, tidak kira kelas rendah, menengah ataupun tinggi, kerana undi itu sama sahaja disisi SPR.
Namun segelintir dari pemimpin BN belum lagi sedar hakikat ini bagi memenangi hati rakyat Kelantan, pengalaman pada pilihanraya yang lalu tidak dijadikan sebagai tauladan untuk mengubah strategi, inilah kesilapan sebenar kekalahan BN dalam beberapa siri PRU yang lalu. Pemimpin luar terutamanya perlu melihat sensitiviti rakyat Kelantan ketika datang berkempen.

Kerana keterlanjuran itu boleh mengubah momentum yang sediaada, lebih-lebih lagi pemimpin yang sedang bergelut dengan skandal, cara dan pemikiran orang Kelantan jauh berbeza dengan orang luar, rata-rata mereka adalah golongan peniaga yang sedikitpun tidak hairan dan mempunyai sedikit keegoan bilamana bertemu keegoan.

Itulah realiti sebenarnya, jika BN memerlukan undi mereka, seharusnya mesti mengikut kehendak mereka berfikir, jika berucap dengan keangkuhan dan memperkecilkan Kelantan maka usahlah bermimpi untuk menakluk bumi Kelantan, walaupun ucapan itu sebenarnya bersifat memperkecilkan kerajaan Pas tetapi sedikit sebanyak sensitiviti itu tetap dirasai oleh sebilangan besar rakyat Kelantan.

Sedikit Keunikan rakyat Kelantan ini perlu diberi perhatian, suasana politik di Kelantan masa sekarang adalah sangat baik dan ianya berpihak kepada BN, namun bila-bila masa sahaja ia boleh berubah jika tidak kena dengan gayanya. Anda Mampu Mengubahnya....

4 comments:

  1. Belago Angin4/21/2012 11:21 PM

    cayalah kelantan bn bleh menang,tp tu masalahnya,duk import pemimpin luar mari berkempen,ore kelate ni dio xleh kalu xbelago angin gak,pade pemimpin hok ado di kelate ni jah,xperlu ore luar

    ReplyDelete
  2. Kalau BN menang gua ada tanah sekangkang kera kat KB boleh dimajukan...nak kelik meniago pun boleh....

    ReplyDelete
  3. tahu bodolah,mari wak gapo kak jat tuh,wak perangat nok suh ore kelate ingat isu dio ko,xpandai puok nih,kalu nga wak puok pas wak banner lembu duduk atas dacing pahtu tepek sama naik nga bendera pas lagumana?

    ReplyDelete
  4. betul tu,aku sokong,dah Shahrizat tu hangat dgn skandal lembu,buat apalah amik pi buat kempen,amiklah pemimpin yg imej dia bersih sikit,kan ramai lagi ada,jgn kata org kelantan yg fanatik pas,aku org luar pn bleh pk 2kali kalau si shahrizat ni yg turun.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...