BN PERLU AWASI 7 ISU UNTUK MENANG PRU13 - RAIS YATIM

KUALA KLAWANG - Barisan Nasional (BN) berdepan dengan sekurang-kurangnya tujuh isu utama yang menjadi agenda pembangkang bagi memenangi hati rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), yang disebut-sebut akan diadakan Jun ini.

PRU13 dilihat sebagai ibu kepada segala pilihan raya dan paling sengit dalam sejarah pilihan negara ini. PRU12 diadakan pada Mac 2008.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, antara isu utama bakal dimainkan adalah kenaikan harga barang.

“Isu royalti minyak di Kelantan turut jadi bahan kempen mereka. Tidak terkecuali, isu kerakyatan di Sabah dan Sarawak yang turut dipolitikkan,” kata beliau pada program bersama ketua-ketua cawangan Umno Bahagian Jelebu di Dewan Majlis Daerah Jelebu, semalam.

PRU13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, kemungkinan Jun ini tetapi mandat semasa hanya akan berakhir April 2013. Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, dalam usaha menidakkan sokongan rakyat terhadap kerajaan BN ketika ini, pembangkang turut memainkan isu orang Cina sebagai warga kedua iaitu tidak mendapat layanan seperti Bumiputera.

“Pembangkang juga tidak terkecuali membawa isu-isu di beberapa negeri pembangkang bagi diketengahkan dalam kempen” kata Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dalam perkembangan lain, Rais mengarahkan 51 cawangan Umno Bahagian Jelebu bermesyuarat pada 28 dan 29 April ini membincangkan persediaan menghadapi PRU13.

“BN mesti bersalur-galur (berhubung kait) dengan pilihan raya. Setiap ketua cawangan perlu mengepalai kawasan peti undi,” katanya. -Sinar Harian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...