BAPA ALTANTUYA NAFI DAKWAAN ANWAR DAN PEMBANGKANG

KUALA LUMPUR -  Bapa kepada model warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu hari ini tampil dengan menafikan dakwaan kononnya beliau menerima wang daripada kerajaan Malaysia bagi 'menutup mulut' berhubung kes anaknya yang sebelum ini digembar-gemburkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Dr Setev Shaariibuu berkata, wujudnya khabar angin yang mengatakan beliau mengadakan rundingan dengan kerajaan Malaysia dan bersetuju supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pembunuhan Altantuya adalah tidak benar sama sekali.

"Dakwaan ini tidak betul, saya tidak mengambil sebarang duit daripada Malaysia," katanya dengan bantuan juru alih bahasa pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Menurut Setev, khabar angin berkenaan mula tersebar di internet selepas penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dibebaskan pada 2008 daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya.

Bagaimanapun Setev berkata beliau mengetahui mengenai dakwaan berkenaan hanya selepas melihat paparan mengenainya di Youtube baru-baru ini. Perkara ini sengaja ditimbulkan oleh pembangkang untuk memburukkan nama musuh politiknya.

Tambah beliau, kerajaan Mongolia baru menghantar nota rasmi kepada kerajaan Malaysia bagi mendapatkan maklumat mengenai kes berkenaan .

Baru-baru ini mahkamah menetapkan tarikh pendengaran rayuan dua pegawai polis yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuya ditetapkan pada 27 dan 28 Ogos depan.

Sebelum ini kedua-dua perayu, Cif Insp Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar memfailkan petisyen rayuan mereka.

Azilah, 34, dan Sirul Azhar, 39, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April, 2009, setelah mendapati mereka bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja antara 9.45 malam 18 Oktober,2006, dan 9.45 malam hari berikutnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...