WACANA PAS PARTI AJARAN SESAT PERINGKAT KEBANGSAAN

KUALA TERENGGANU, 11 April (Bernama) -- Wacana 'PAS: Parti Ajaran Sesat' anjuran Umno Terengganu di sini hari ini akan menjadi tapak untuk diperluaskan ke negeri-negeri lain malah hingga ke peringkat kebangsaan, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu Datuk Yahya Khatib Mohamad.
Beliau berkata, di peringkat awal, slogan itu akan menjadi gelombang dan program yang akan disusun ke setiap daerah di Terengganu.

Program itu kemudian akan dibuat di negeri-negeri seperti Kedah dan Kelantan, kata Yahya.

"Matlamat utama wacana ini adalah untuk memberi pendedahan khusus kepada jentera parti, badan-badan tertentu dan orang ramai bahawa perjuangan parti PAS selama ini setelah diteliti ada perkara-perkara boleh mencelarukan akidah umat Islam.

"Kita mempunyai ramai ilmuan yang mahir tentang agama Islam dan politik Islam yang pada bila-bila masa boleh membantu rakan-rakan negeri lain untuk mengadakan program seumpama ini," kata Yahya kepada pemberita selepas mempengerusikan wacana berkenaan di Taman Tamadun Islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...