HARI-HARI DEMONTRASI - LAGI DEMONTRASI SELASA INI

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menasihati orang ramai agar mengabaikan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mereka berkumpul di Pasar Seni di sini Selasa untuk berhimpun menuntut hak pekerja.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS berangkai itu yang sebenarnya adalah palsu.

"SMS itu juga turut mengajak orang ramai supaya menyertainya disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau mengakui polis ada menerima permohonan untuk berhimpun di Dataran Merdeka Selasa oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan beberapa badan bukan kerajaan bagi menyuarakan hak dan tuntutan pekerja terhadap majikan mereka, namun telah ditolak polis.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan SMS tersebut yang turut dikaitkan dengan perhimpunan pada Sabtu lepas. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...