PEMIMPIN PEMBANGKANG JANGAN SEPERTI 'PENGGILA SEKS'

Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 merupakan perkara sukar untuk kerajaan.

Bercakap di ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kesukaran itu dirasakan, terutamanya oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bukan mudah untuk menteri dalam negeri menyerahkan kuasa menahan individu tetapi ia tetap dilakukan kerana faham kepada kehendak rakyat, kata Najib.
Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 yang akan menggantikan ISA dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Selasa.

Najib juga berterima kasih kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan pasukannya kerana menyokong langkah kerajaan memansuhkan ISA, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.

Retoriknya sebelum ini Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendakwa negara akan menyaksikan sejarah apabila kerajaan tunduk kepada tekanan rakyat supaya memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Apa yang jelas ialah kerajaan Umno terpaksa tunduk kepada tekanan rakyat yang mahu ISA dihapuskan.

"Tidak ada orang yang waras yang percaya cakap (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) yang mendakwa kononnya kerajaan menghapuskan ISA dengan inisiatif sendiri," katanya.

Yang dikatakan 'gila seks'nya  pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ialah menyifatkan Rang Undang-Undang yang menggantikan ISA tidak memberi sebarang erti dan makna kepada demokrasi.

Itulah pemimpin pembangkang yang tidak pernah puas dan merasa syukur selain membangkang dengan setiap perkara atau transformasi yang dilakukan oleh kerajaan yang dipimpin Najib.

Pada masa sama jika transformasi itu positif secara tidak malunya mereka mengakui ianya hasil dari kerja kuat mereka yang membangkang dan langsung tidak berterima kasih dengan perkara positif itu. Jadi dimana politik matangnya, sukar untuk diterima jika hanya pembangkang sahaja yang betul. Moralnya ialah serba tak kena.  Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...