VIDEO GEMPAR !!! - EXCO HALALKAN KE DISKO KOREK TERBARU DI KELANTAN NI !!!

Klip video disco yang dilaporkan berlaku di daerah Kota Bharu Kelantan Negeri Serambi rambu-ramba ini telah di upload oleh seorang pengguna FB yang menggunakan nama sebagai Anak Truplanun. Menurut komen-komen beliau yang terpapar di Facebook difahamkan beliau ingin mendapat gambaran sebenar tentang keadaan ini dari YB atau wakil kerajaan Negeri.

Namun Exco yang berkaitan hal ini jauh sekali untuk menjawab balas mengenai perkara tersebut kerana Exco terbabit dilaporkan manusia kedua paling sombong selepas Firaun. Disebabkan itu, seorang YB Pas Parlimen Kota Bharu menjadi galang ganti untuk menjawab berkenaan persoalan yang ditimbulkan itu walaupun diluar bidang kuasa beliau.

Tanpa menjawab dengan jelas atau juga menafikan disco itu berlaku di Kelantan, beliau hanya ingin menghantar panduan mengenai Enakmen Kawalan Hiburan yang dibekalkan oleh pihak berkuasa negeri untuk  pihak berkuasa tempatan kepada pengirim video tersebut.

Diatas sebab itu juga Gk tidak meletakkan isu ini sebagai kesalahan atau 100 peratus tanggungjawab YB tersebut, kelemahan dan kesombongan seorang Exco yang bertanggungjawab adalah sebab dan punca utama apa jua masalah yang berkaitan dibawah portfolio yang dijaga beliau dan menyebabkan mereka yang tidak ada kuasa dalam hal itu terheret sama.

 
Untuk menyalahkan 100peratus kepada wakil rakyat tersebut adalah tidak wajar, kerana rakyat sentiasa inginkan seorang wakil rakyat yang mudah untuk ditemui dan melayan masalah-masalah rakyat atau dengan kata lain tidak sombong, tiada guna juga pemimpin dari parti mana sekalipun jika ia seorang yang tidak layak dan mementingkan diri sendiri, tidak guna berselindung dibalik parti Islam tetapi tidak terciri dengan ciri Islam.

Kegagalan kerajaan Kelantan dalam menangani isu ini juga adalah disebabkan kesombongan seorang Exco atau Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan Dan Kebudayaan yang bernama Datuk Takiyuddin Hassan, apa sahaja dibawah portfolio beliau boleh dikatakan semuanya gagal dan kenapa beliau masih dilantik memegang jawatan tersebut tidak diketahui sebabnya. Buat rakyat Kelantan, Anda Mampu Mengubahnya....





2 comments:

  1. Salah seorang parasit pas la tu.........

    ReplyDelete
  2. di kelantan ni memang banyak disco pun,belakang kedai kami pun ada

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...