KELATE NEWS - PANAS !!! ANNUAR MUSA VS ALWI CHE AHMAD

Apakah yang sebenarnya berlaku di Ketereh ? isu Umno Ketereh adalah satu isu terbuka yang tidak dapat diselindungkan lagi, namun samada ianya benar ataupun tidak tuan badan sendiri juga yang tahu. Salah satu isu yang didakwa sedang giat direncanakan adalah membabitkan ADUN Kok Lanas Md Alwi Che Ahmad dan Ketua Umno Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa. Dibawah adalah ringkasan dari FB Adun Kok Lanas.
" Saya jarang sekali menulis dalam wall ini, tetapi saya sentiasa membaca bila ada kelapangan, usaha-usaha untuk meretakkan persahabatan dan persaudaran saya dgn rakan dan sahabat saya Tan Sri Annuar Musa (TSAM) sedang giat di lakukan oleh beberapa orang yg sebenarnya tidak pernah berkawan atau bersahabat dengan saya dan tidak mengenali atau mengetahui perhubungan saya dengan Tsam,

"Hari ini ,esok,dan lusa kami sama-sama berada di Surabaya, bermacam persepsi telah dibuat mengenai hal-hal dalam Umno Ketereh, di Ketereh ,Tsam adalah ketua dan saya adalah timbalan, saya jadi timbalan kerana Dato' Zainal Abidin mengundurkan diri, jika tidak, mungkin hanya setiausaha sahaja, saya baca komen komen dari Immi Tokchu dan Zainal Abidin..saya tahu Zainal bukan ahli umno ketereh,

"Saya tidak kenal siapa Immi Tokchu, tetapi saya diberitahu rumahnya dibelakang YKK, saudara berdua boleh terus timbulkan polemik atau tafsiran politik saudara, saya terima teguran dengan baik dan saya baca yang tak betul serta persepsi mereka secara lateral, itulah politik, soal-soal dalaman parti tidak akan saya jawab dalam FB kerana bukan ahli jugak akan membaca, dan ianya tidak menyelesaikan masalah,

"Kita di Ketereh telah buat keazaman utk merampas dan mengambil kembali Melor dan Ketereh dan insyallah pertahankan Kok Lanas, Kadok jugak ada harapan utk di tawan...soal siapa calon,,,kita dlm biroolitik yg dipengerusikan oleh Tan Sri,telah buat cadangan kepada ibupejabat Umno kerana itu kehendak perlembagaan..soal siapa di pilih dan di mana,,itu diiluar pengetahuan kita, itu kerja presiden dan ketentuaun allah. Saya pulang bersama Tsam 11 hb april dan pasukan trw bersama".

Begitulah sedikit sebanyak penjelasan yang diberikan oleh Adun Kok Lanas, bagaimana pula reaksi Tan Sri Annuar Musa mengenai perkara ini ? mungkin sedikit masa lagi ianya akan menyusul bagi membongkar dalang-dalang yang cuba meretakkan hubungan mereka. Semakin hampir pilihanraya semakin kencang tiupan angin yang selama ini hanya sepoi-sepoi bahasa.

Dengan penjelasan tersebut maka persoalan yang timbul sedikit sebanyak telah dijawab oleh tuan tubuh sendiri, maka ia tidak berbangkit lagi, hanya tuan tubuh sahaja yang layak dan mampu untuk menjelaskan hal yang sebenarnya. An da Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...