Provokasi yang cuba dicetuskan Anwar yang kononnya kereta beliau naiki telah dibaling batu sewaktu tiba dihadapan Esso di simpang lampu isyarat oleh sekumpulan 20 pemuda itu bagaimanapun tidak dilaporkan kepada pihak polis. Ekoran kejadian itu rakyat Kelantan dituduh dengan pelbagai tuduhan jahat sedangkan kemana saja Anwar pergi kes seperti itu turut berlaku kerana ianya sudah dirancang bagi meraih simpati rakyat dan mewujudkan suasana huru-hara.
Namun apakah kejadian ini berakhir disitu ? dendam kesumat dan api kebencian telah menyemarakkan lagi perpecahan sesama Islam yang dibawa oleh proksi Yahudi, provokasi yang cuba dicetuskan di bumi Kelantan ini adalah kerana Anwar menyedari ketaksuban dan ketaatan rakyat Kelantan itu untuk beliau perkudakan demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Biarpun empat hari sudah berlalu, media pembangkang seperti Harakah masih memainkan isu ini dengan nyalaan api pemberontakan seolah-olah ingin menyuburkan lagi benih persengketaan diantara penyokong parti kerajaan dan pembangkang, GK percaya Anwar akan lakukan apa sahaja untuk mencapai matlamatnya, adakah Anwar ingin mulakan pemberontakan atau revolusi kebangkitan rakyat di Kelantan dan seterusnya akan merebak ke negeri-negeri yang lain, mungkin kerana itulah ia disebut sebagai "Langkah ke Putrajaya bermula di Kota Bharu". ?
Itulah cara provokasi yang diajar oleh Anwar Ibrahim kepada Pas Kelantan, dia sendiri yang baling batu asas Nik Aziz alih-alih nak tuduh orang Kelantan pula yang baling, inilah usaha untuk membudayakan masyarakat Kelantan dengan FITNAH supaya ia berpecah belah dan bergaduh sesama sendiri, kalau dahulu Pas tak reti nak buat kerja macam ni, tapi semenjak kawan dengan DAP dan Anwar ni dengan Israel pun tak der masalah.
Jika Anwar nak datang Kelantan dengan membawa budaya FITNAH, lebih baik jangan datang, jangan nak ajar rakyat Kelantan menjadi peliwat macam lu, keamanan yang dikecapi orang Kelantan selama ini dilihat sudah tergugat gara-gara politik hudoh yang diamalkan Anwar. Terpulang kepada rakyat Kelantan untuk menilai kata-kata bakal PM 16 sept ini. Tapi tanpa disedari, usaha terancang Anwar itu sedikit sebanyak memperlihatkan kegagalan kerajaan Nik Aziz dalam mendidik masyarakat diKelantan.
Bagaimanapun petikan artikel dibawah dari akhbar rasmi ahli neraka (cakap Islam tapi bahasa cam sial) yang menariknya sampai Ketua UMNO Bahagian pun diheretnya sama dalam kejadian kereta Anwar dibaling dengan batu asas (Untuk dipacak di stadium Bukit Merbau) Nik Aziz. Alasannya cukup mudah, kerana di Tanah Merah dan Machang tidak berlaku serta memberi peringatan berbaur ugutan pula. Anda Mampu Mengubahnya.
PETIKAN DARI AKHBAR RASMI AHLI NERAKA
Malam itu ada dua tiga ekor budak-budak liar - mungkin cicit kepada pemuda tahan lasak Umno yang mengganas di Kelantan tahun 1959 dulu cuba membuat kacau dan menghalang orang ramai. Beberapa buah kereta dikhianti dengan menyembur cat. Kereta Anwar sendiri 'ditagur' - dilontar dengan batu dan kayu. Kereta Anwar turut kemek. Gejala budak jahat dan liar Sembrong turut berlaku di Kelantan. Siapa yang bertanggungjawab mengimport budak liar Sembrong? Inchek Ibrahim Ali ke?

Beliau tidak boleh melindungi muka dari menerima tanggungjawab atas perbuatan itu.
Kejadian sembur kereta dengan cat kalau tidak silap kali kedua berlaku di Kota Bharu. Tidak berlaku di Machang atau Tanah Merah. Apabila ia berlaku di Kota Bharu tentulah ketua penjahat itu ada di situ. Fatmi tidak boleh lari kerana ia dilakukan dalam kawasan Kota Bharu. Dibimbingi kalau gejala liar dan 'beruk-beruk' ini tidak dibendung ia akan merebak kepada kejadian lebih besar dan buruk lagi. Selagi orang yang hadir ke ceramah Anwar dan Pas boleh sabar ia boleh dielakkan tetapi kalau tahap kesabaran sudah hilang, padah jadinya.
Mengesalkan juga malam itu tidak ada banyak kelibat polis beruniform yang mematau keadaan. Di luar Padang Perdana tidak ada kelihatan polis trafik yang bertugas melicinkan lalu lintas. Apakah kerana majlis itu tidak mendapat permit polis maka ia tidak perlu dikawal? Atau pun polis menyangka perbuatan jahat begitu tidak akan berlaku di Kelantan. Atau tidak sangka budak-budak jahat itu diimport dari Sembrong?
Hendaknya di masa akan datang Polis Kota Bharu mengambil berat keadaan ini, mengawal apa-apa juga majlis bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. Api menjadi kawan atau teman gurauan waktu kecil tetapi bila sudah besar ia boleh membakar hangus bukan saja orang Pas dan Umno tetapi topi anggota polis juga akan turut terbakar.

Sebab itu saya katakan tidak mungkin orang Kelantan melakukan itu. Kalau mereka benar anak Kelantan yang bengkeng tetapi berbudi bahasa tidak akan tergamak untuk melumur najis ke muka sendiri kerana perbuatan itu seperti lumur muka sendiri dengan tahi. Melainkan orang Kelantan yang gila, tidak bersekolah atau pun 'dedel' sahaja sanggup melumur najis ke muka sendiri. Orang jahat sudah lupus deria bau dari hidungnya.
Perbuatan jahat dan khinat ini sudah lama berlalu di Kelantan. Tetapi bila ia muncul kembali adalah sesuatu yang sungguh menyesalkan. Boleh jadi yang buat jahat itu adalah benih pemuda tahan lasak Umno yang sebelum ini terjatuh dalam jambtan tahi dan diberikan Allah peluang untuk tumbuh bagi memperbaiki diri. Boleh jadi.
Umno tidak payah merestui perbuatan seperti itu kerana kejahatannya akan terpulang juga kepada mereka. Tindakan sebegitu akan menguatkan lagi semangat orang ramai untuk memberi sokongan kepada Pas. Zaman politik gua dan bersenjatakan keris sudah pun berlalu. Zaman ini zaman politik akal. Apakah kerana Umno merasakan kedudukkan mereka semakin terhimpit maka kerja-kerja jahat terpaksa dilakukan. Mereka perlu kembali ke zaman edan semula?

Mengenai himpunan di Padanag Perdana malam itu, ia memberi petunjuk makin jelas bahawa Kelantan sukar ditawan oleh Umno. Pemberian wang BR1M juga tidak membawa apa-apa hasil. Saya berani mengatakan lebih separuh dari lebih 35,000 yang hadir menerima wang rakyat BR1M RM500 ringgit itu. Dan saya juga berani mengatakan hampir separuh wang derma yang dikutip malam itu adalah wang BR1M. Kehadiran orang ramai pada majlis Pakatan Rakyat mendadak ke belakangan ini selepas menerima bantuan wang rakyat RM500.
Untuk memastikan Umno akan tertumus di Kelantan berdasarkan sambutan kepada majlis ceramah Pas, Pakatan Rakyat perlu mengadakan PROVOKASI - Harakah @ Akhbar rasmi ahli neraka tegar
akhirnya mengaku melakukan provokasi puak sendiri...tetapi menyalahkan orang lain pula....!!!memang dirancang utk burukkan
ReplyDeleteorang lain!!
Budaya tagor menagor bukan budaya UMNO tapi budaya PAS sendiri. Bukti pada BERSHIT 1 & 2. Juga pada pilihanraya PRU12 lepas-lempar botol air mineral ke atas Puteri UMNO. Apa PAS ingat takda orang PAS sendiri terutama sekarang yang sedar & benci ANUGAY & DAP kerana memperbodoh2kan PAS?
ReplyDeleteHarakah dah jadi lidah resmi Dajjal. Setiap perkataan adalah provokasi kepada perpecahan ummah.