Bercakap dalam bahasa Mandarin, wanita tersebut Lim Hui Hui berkata, anggota polis wanita yang bertugas di balai Sri Petaling memintanya kencing ke dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tangannya digari ke belakang.
"Apabila saya tanya bagaimana saya boleh buka seluar untuk melakukannya, dia memicit payudara saya dan berkata mesti buat."
Lim juga menunjukkan gambar-gambar tanda bengkak yang dialaminya di bahagian bahu kanan, pinggul, paha, kiri betis dan luka di pergelangan tangannya semasa digari.
Dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok dan peguam wanita itu Eric Tan Pok Shyong pagi ini, Lim berkata dia telah membuat laporan polis Khamis lalu (29 Mac).
Katanya,dia sedang memandu ke cawangan Maybank di Kuchai Park, Kuala Lumpur, pada awal pagi 24 Mac untuk menyimpan wang tunai apabila dia ternampak sebuah kereta di belakangnya, memancarkan lampu ke arahnya.
Kerana bimbangkan keselamatan dirinya, Lim memandu pulang ke apartmennya di Kondo Taman Dinasti di Seputeh.
Pada masa tu,dia ternampak pancaran lampu biru kereta di belakang kereta yang mengejarnya.
Selepas pasti yang ia adalah polis, Lim berhenti dan membenarkan anggota polis, yang mahu memeriksa kereta itu, untuk berbuat demikian. Dan atas permintaan polis, kata Lim, dia mengikuti mereka ke balai Petaling di Jalan Klang Lama.
(Hiasan- Klip video dibawah seakan mencabar kredibiliti penjawat awam)
Ada saja yang tak kena dengan pasukan polis dan ditimbulkan pula oleh DAP, sesekali hairan juga, apakah DAP sahaja tempat laporan yang didahulukan, seakan ada yang tidak kena, jika berlakunya provokasi yang sengaja untuk mencemarkan imej PDRM seperti video diatas ianya sangat mendukacitakan.Kalau asyik DAP dan kaumnya sahaja yang melaporkan hal-hal seperti ini, sukar juga untuk diterima, hiduplah dengan aman, jika benar pihak polis yang bersalah, hukuman tegas perlu dikenakan terhadap anggota tersebut termasuk memecatnya supaya dapat dijadikan pengajaran kepada lain-lain anggota.
Bodoh punya perempuan,dalam video dahlah sudah buat salah, membuat provokasi lagi. Dahlah langgar undang undang, menulis atas dokumen kerajaan yang rasmi lagi, tak hormal undang-undang langsung, saya harap tindakan yang tegas akan diambil.... tapi mangkuk-mangkuk DAP yang 'diatas' undang-undang mungkin campur tangan dalam hal ini
ReplyDelete