Nik Abduh: "Lihatlah Betapa Ramai Penyokong PR Menjadi Mangsa Kencing Manis Anwar Ibrahim"

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, maka terjawablah akan segala punca kenapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan diseluruh negara dengan membawa isu 'blackout' dan juga penipuan SPR.

Rupanya ada perjanjian syaitan antara Anwar dan parti didalam Pakatan Rakyat, Anwar menaburi janji manis sebagaimana janji 16 September, untuk tidak dilihat bohong maka Anwar terpaksa mencari isu bagi menutup kelemahan dirinya.

Nik Abduh dalam kenyataannya membayangkan keputusan PRU13 ibarat rebah di kaki Gunung Kinabalu setelah sekali lagi PAS dikencing oleh Anwar. Antara kenyataannya,

"Jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana".

"Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS".

"Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat".

"Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran".

"Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan".

"Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI".

"Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas".

"Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi".

"Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah".

"Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru".

"Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis".

15 comments:

  1. PKR dan PAS hanya menjadi lembu dan keldai DAP. PKR tidak tipu PAS, kedua-dua menjadi mangsa manipulasi Cina DAP.
    Orang-orang kafir tidak akan membenarkan kamu berada dibawah satu ukhwah, melainkan itu memberi kelebihan kepada mereka semata....

    Baik PKR dan PAS bersatu jadi satu parti, panggilkan PEKERAS, jika berbaik dengan UMNO dikatakan haram.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huiyyy. . jangan guna Pekeras . . nanti nak balun saja kerja depa . . halal haram tak kira

      Delete
  2. Wpun msh memegang negeri Kelantan, Penang dan Selangor, geng2 PR msh berkata undi d manipulasikan oleh BN dan SPR... Petikan kata Nik Abduh... 8-/ "Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu bro!!

      Sepatut nya Nik Abbuduh perjuang membersihkan ramai Ahli PAS yg Perauah dan Kaki Mantat Daging Haram!!

      Delete
  3. nik abduh....aku tak respect kau pasal kau gagal untuk menghalang himpunan BO 505 di kelantan yg.dianjurkan mat jubo dan kitty siang anak haram singapork.

    kotor negeri kelantan dengan kealpaan kau membenarkan kekotoran masuk kesana!

    gen2felda

    ReplyDelete
  4. NIK ABDUH YANG BUDUH NI SEPATUT NYA TERIMA TAKDIR ALLAH BAHAWASA JYA PAS ADALAH PARTI MUSIBAT YG MEMPERALATKAN AGAMA ISLAM!!

    PAS IALAH PARTI PEMBELOT AGAMA BANGSA DAN NEGARA SERTA PARTI HARAM JADAH TUNGGANGAN CINA DAP KOMINIS BABI!!

    ReplyDelete
  5. NIK ABDUH BUDUH/PAS kesedapan di liwat oleh Peliwat Tegar Anwar !!!

    ReplyDelete
  6. serambi mekah..ala-ala negeri berasas agama ,di dokong oleh 'ulama' tapi jauh dari apa yang di unjurkan sunnah..

    pengotor..air di suap ke rakyat juga kotor..

    mana amanah yang di junjung..last-last salahkan org..tipikal otak pembangkang.

    ReplyDelete
  7. MOSSAD ISRAEL MAHU MEMBUNUH ANWAR KERANA ANWAR GAGAL MERAMPAS KERAJAAN..SBB TTU ANWAR DH GOYANG SKRG NI..DIA AKAN LAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN DPT MENJATUHKAN KERAJAAN ISLAM..

    ReplyDelete
  8. Menuduh BN menipu dan menggunakan SPR namun PR menang sampai 89 kerusi dan beratus DUN apa macam, menang tipu ke? kalau SPR sebelahi BN dah tentu PR akan jatuh terduduk tidak berkerusi....cakap menerima takdir tapi bila kerugian disebelah mereka berbagai pula alasan diberikan seolah olah menerima takdir itu hanya manis dibibir sahaja tapi hati tidak ikhlas.

    ReplyDelete
  9. Nik abduh tulung bawa orang pas keluar dari pakatan PRU 14 nanti, berjuang atas tikit pati pas semata

    ReplyDelete
  10. tunggu lah pru 14 kemana nik abduh, baru daru tak sampai 3 bulan jadi amp dah belagak pandai

    ReplyDelete
  11. dimulut cukup manis dgn perkataan takdir Allah/iman dan sebagainya.. tapi dalam pada itu menuduh orang lain berbagai2 tuduhan sbb kalah..

    ditempat yg dimenangi mulut cakap syukur takdir Allah kita terima tapi ditempat lain yg kalah tak mahu pula utk terima takdir Allah dan terus menuduh sebagai satu penipuan..

    inilah cakap2 pemimpin2 pas yg berasa hebat sebagai ularmak/ustad dan sebagainya... yg sebenarnya perosak agama..

    ReplyDelete
  12. Kalau dah kalah tu sudah la.Jangan nak salahkan SPR.Aku tak nampak pun macam mna nak SPR nak menipu.Wakil parti kat tempat mengundi tu tunggul kayu ke apa?

    ReplyDelete
  13. cakap banyak bohong banyak

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...