Ahmad Yaakob MB Kelantan, Nik Amar Timbalan, Husam Tak Tersenarai Dalam Exco, Harakah Memboikot

KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai menteri besar Kelantan atas permintaannya sendiri dan mendapat restu kepimpinan Pas Pusat.

Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yakob berkata Nik Abdul Aziz, 82, yang juga Mursyidul Am Pas membuat keputusan melepaskan jawatan yang disandangnya selama 23 tahun sejak 1990 itu atas faktor usia dan kesihatannya yang sering uzur.

"Bukan sahaja rakyat Kelantan, saya sendiri terkejut tetapi ini permintaan Tok Guru (Nik Abdul Aziz) dan direstui pimpinan Pas Pusat," katanya kepada pemberita selepas selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan.

Pada istiadat itu juga, Anggota Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan manakala sembilan anggota Dun mengangkat sumpah sebagai anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

Ahmad, 63, yang juga anggota Dun Pasir Pekan, berkata beliau bersama barisan Exconya akan cuba mentadbir negeri ini sebaiknya bagi memenuhi kehendak rakyat termasuk golongan muda.

Ahmad juga berterima kasih kepada Nik Abdul Aziz yang memberi kepercayaan kepadanya dan berharap beliau akan terus memberi bimbingan kepadanya.

Majlis pelantikan dan angkat sumpah diadakan di hadapan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V di Istana Negeri.

Dalam perkembangan sama sembilan ahli mesyuarat kerajaan negeri turut mengangkat sumpah termasuk tiga muka baru.

Antara nama baru yang juga ahli baru ialah Adun Demit, Mumtaz Md Nawi, Adun Bunut Payong,  Dr Ramli Mamat dan Adun Pengkalan Pasir Hanifa Ahmad serta bekas Speaker Dun, Nasuruddin Daud.

Selain itu, Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman;Datuk Fatah Mahmood, Datuk Che Abdullah Mat Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan dikekalkan. Pada pilihan raya umum ke-13 semalam, Pas menguasai 32 kerusi Dun berbanding Barisan Nasional (BN) yang menang 12 kerusi manakala PKR satu kerusi.

Namun agak memeranjatkan apabila Harakah selaku lidah rasmi Pas tidak membuat liputan akan peralihan jawatan orang terpenting ini, sedangkan semalam Nik Aziz yang sedang tidur pun turut diberitakan oleh Harakah dalam usaha merendahkan kemampuan Nik Aziz.

Apa makna semuanya ini, siapa yang kuasai Harakah ? adakah timbulnya isu tidak puashati dikalangan pemimpin Pas Kelantan khasnya Datuk Husam Musa, kerana nama Husam selaku orang paling kuat merancang dan berjanji tidak tersenarai dalam ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Habislah macam ni! bagaimana dengan lebuhraya rakyat, nanti Husam merajuk tak nak sambungkan janjinya itu susahlah, apapun sebelum Husam nak merajuk tu pastikan duit derma tabung lebuhraya rakyat itu diistihar dan diserahkan, lepas tu merajuklah kalau nak merajuk pun. Anda Mampu Mengubahnya.

14 comments:

  1. mungkin balasan kepada husam sebab perdajal nik aziz dalam kes tanah kot.

    ReplyDelete
  2. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Yang Maha Pengasih.
    Assalamuallaikum...

    Mari kita fikir sejenak.. apakah Islam & Melayu menang? Ya ... buat masa ini. Dan mungkin berubah sekiranya kita masih fikir dan bertindak mengikut emosi.

    Adakah PAS berjaya dalam Pakatan Rakyat ? Dah tentu tidak sama sekali.. kemenangan PAS jatuh merudum.

    Siapa yang berjaya dalam PR? Dah tentu DAP....

    Adakah BN tidak di sokong lagi? Ya dan tidak... Ya BN merosot...tapi hanya kepercayaan CINA pada BN merosot. Kepercayaan melayu pada BN bertambah. BN menang sebab UMNO...Dan UMNO itu melayu dan Islam.... Sebab tu PAS jatuh merudum sebab melayu sudah lari ke UMNO.

    Jadi, sekarang bukan masa untuk bertelagah siapa yang lebih Islam atau siapa yang lebih melayu!!! Buat apa kita beria-ria mengatakan BN kalah tapi kita juga gugur. Yang menangnya DAP dan orang cina!! Cina dah menunjukkan bahawa mereka hanya pentingkan DAP, bukannya UMNO atau PAS..Mereka ini menentang Islam secara jelas.

    Nik Aziz and Haji Hadi serta Ulama PAS...berfikirlah secara ISLAM!. Inilah masanya untuk orang PAS dan orang UMNO berfikir secara ISLAM... kepentingan Umat Islam dan melayu. Letak ketepi semua dendam kesumat demi Islam.

    Kita semua mesti ingat... PAS belum layak memerintah. Walaupun PAS menang semua pon tak boleh memerintah, apatah lagi sekarang. Analyze lah keputusan pilihanraya 2013 dengan sedalam-dalamnya. Buka lah mata...

    Percayalah... jika kita masih berfikiran ke partian... ISLAM akan gugur di bumi Malaysia tercinta ini.

    JANGANLAH SATU MASA NANTI ANAK-ANAK KITA MENJADI NASRANI DAN MAJUSI DI SEBABKAN KITA !!! ANAK-ANAK KITA YANG MASIH ISLAM.. MELUDAH PUSARA KITA SEBAB KEANGKUHAN KITA.

    Tepuk Dada Tanya Iman.

    Wassalam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar kata saudara. Perpecahan umat Islam di negara kita ini akan hanya merugikan kita. Yg untungnya ialah org lain. Sudah sampai masanya kita memikirkan masa depan dan kedudukan umat Islam kita. Ketepikan soal politik, bersatulah atas nama Islam sebelum kita sama-sama hancur. Nauzubillahiminzalik.

      Delete
    2. try tengok nih.

      1. waktu BN kuasai 2/3 parlimen, berapa kerusi yang MCA dan GERAKAN dapat? sama tak bilangan dengan yang DAP dapat sekarang? jika dikira semula, sebenarnya jumlah kerusi itu sama, cuma nama parti berbeza.

      2. Cuba kira pula ahli parlimen ISLAM selepas PRU13 ni, sampai tak jumlah 2/3 parlimen? untuk dapatkan 2/3 perlu ada 148 org. ikut perkiraan yang ISLAM ada 153, so boleh tak pakat2 untuk susun semula kepentingan ISLAM dalam kerajaan dengan membentuk polisi2 ISLAM? tugas kita nasihatkan ahli parlimen masing2

      Delete
  3. Anon 10.24, saya setuju dengan anda. Semoga kita boleh sediakan Malaysia yang lebih baik untuk generasi melayu dan islam pada masa depan.

    ReplyDelete
  4. Ada sedikit kemusykilan dimindaku...semasa nik aziz akui dirinya sudah uzur sebelum bertanding, PAS tidak benarkan beliau menarik diri...dan kenapa sesudah kuasa ditangan, tuan guru minta berundur, dengan rasa 'terkejut' permintaan beliau untuk berundur diterima...politik oh politik...

    ReplyDelete
  5. Anon 10.45

    Selera besar waktu itu......

    ReplyDelete
    Replies
    1. ...sekarang selera besar dan nafsunya sudah sampai kepenghujungnya...sudah berada di ambang senja.

      Delete
  6. AllahhuAkbar...sedih sungguh mengenangkan nasib melayu di bumi selangor...kelantan ana tak kisah sebab masih islam melayu berkuasa...di Selangor perlu seminggu untuk bincang siapa jadi MB (selepas berpakat)...kita tunggu ujian yang Allah berikan kepada mereka selepas masing2 berkongsi jumlah kerusi...nak lantik exco rasanya sebulan kot berpakat...

    ReplyDelete
  7. Lepas menang br umum xnk pegang jwtn menteri besar. Klw umum awal xnk atas faktor usia,agaknya mcm mn la undi. Xdpt nafi,nik aziz masih jadi tunjang kekuatan nik aziz. Tp husam tlebih menggunakan kuasa utk naikkan nama

    ReplyDelete
  8. Usahakanlah agar Melayu & Cina bergaduh. UMNO bolehlah terus berkuasa.

    ReplyDelete
  9. Statement org gila pencachai 11.45.. Tk habis ldn xpuas lg jd anjing babi DAP.?? Tlg jgn kaitkn UMNO UTK tutup otak bangng ko! Jg kau amt sukalah CINA DAP berkuasa??

    ReplyDelete
  10. mahby..

    udah udah sujud pada DAP ingatlah sikit kita menentang DAP bukan kerana Cina tetapi kita menentang DAP kerana fahamanya yang cukup racist ..jangan butakan hati lihat sekeliling..kalau dah diberi betis maukan paha dan mengkeristiankan Malaysia..seburuk buruk UMNO kepimpinannya boleh ditegur dan ditukar malah dikritik..DAP jika sekali dah digenggam jangan harap dilepaskan..cuba kritik kepimpinan DAP tak sampai 24 jam terimalah ugutan dari mafia mafia DAP..Penang mati hidup balik belum tentu dapat diambil kembali walaupun pemerintahan DAP yang korup..

    ReplyDelete
  11. Klu nik aziz tarik diri sblm mengundi,kesannya pas akan hilang sokongan.pas adlh nik aziz dan nik aziz adlh pas.sbb itu sebaik sj pas menang maka nik aziz undur.

    Pengundi pas x rasa tertipu ke???undi sbb nak nik aziz jd mb tp bl menang tarik diri dr jd mb dan bagi pd org lain.

    Tipu dlm diam.tipu utk capai tujuan politik.inilah islam cara pas.islam yg diredhai oleh pengikut taksub

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...