Lagi Bangunan Pas Gah Dibina Di Kelantan, Masjid Dinafikan Rumah Rakyat Diabaikan - Video

Besar sungguh bangunan-bangunan Pas sekarang ni, besarnya sebesar serban yang dipakai untuk mengaburi mata rakyat, adakah Pas akan sebut perjuangannya menyambung perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W ? Apakah Rasulullah membina bangunan-bangunan yang besar sebagaimana yang telah dibina oleh Pas sedangkan masih ramai rakyat yang miskin.

Terkini dapat kita lihat bangunan baru milik Pas kawasan sedang dibina di Kampung Badak, Bachok Kelantan, begitu gah sekali pembinaannya seolah-olah rakyat di Kelantan tidak ada yang miskin ataupun yang lebih memerlukan bantuan, dan ini jelas menunjukkan Pas lebih mengutamakan kepentingan partinya daripada kepentingan Islam dan rakyat.

Masjid diakui oleh pemimpin Pas sendiri bahwa bukan keperluan untuk membinanya selain pembaziran semata-mata, bahkan meremehkan usaha kerajaan pusat untuk membina masjid, akan tetapi pembinaan bangunan-bangunan Pas pula dibina dengan rancak dan meganya. Apakah ini boleh disebut sebagai Pas memperjuangkan Islam.

Jika diamati, Pas punyai bangunannya sendiri di semua kawasan, dan bangunan itu jarang digunakan berbanding masjid yang digunakan minimum 5 kali sehari oleh seluruh umat Islam, adakah pembinaan masjid itu relevan untuk Pas sebut sebagai membazir dan pembinaan bangunan Pas pula tidak membazir ?

Benarkah Pas membawa perjuangan Islam ? Atau Pas hanya bertopengkan Islam demi mencapai cita-cita dan kepentingan peribadi pimpinannya ? Rakyat harus sedar akan perkara ini, jangan terlalu taksub yang akan membuatkan pengakhirannya berada dalam kesesatan yang jelas lagi nyata. Anda Mampu Mengubahnya.


Pintu gerbang PUTIK
Bangunan Pas (PUTIK) di Pengkalan Chepa

3 comments:

  1. bagi pas, markas tu lebih mulia dari masjid..tu pasal dorang buat markas besar besar..nak sama macam gereja vatican..

    ReplyDelete
  2. Betul tu, saya amat bersetuju dengan isu ini kerana saya pernah melihat sendiri bangunan-bangunan PAS di atas dan membandingkan ia dengan kebajikan raktat Kelantan yang PAS beri teramatlah jauh. Ia kelihatan seolah-olah PAS lebih mementingkan diri mereka berbanding dengan rakyatnya walaupun pada hakikatnya 'naik'nya sesebuah parti politik itu adalah disebabkan sokongan rakyat. Ini merupakan antara sebab saya mula was-was dengan kepimpinan PAS. Kalaulah nak dikatakan 'dana' untuk kerajaan Kelantan disekat oleh kerajaan Pusat, dari manakah pula 'dana' untuk membina bangunan-bangunan ini dan kenapa ia tidak didahulukan untuk kebajikan rakyat sedangkan masih ramai rakyat yang miskin di Kelantan? Saya rasa rakyat Kelantan seharusnya 'celik' tentang perkara-perkara seperti ini kerana ia juga merupakan 'tanggungjawab' pemerintah yang wajib, bukan hanya hudud yang wajib dijadikan isu!!!

    ReplyDelete
  3. Dah miskin satu hal, puak2 ni pengotor tahap gaban dohh... Macam mana boleh hidup dengan bau longkang, bau hamis kambing. Ya Ammmpunnn... Semua2 ni puncanya MALAS! Orang Indon, bangla dll bergadai nak datang Malaya tapi kita rezeki depan mata wat dekk je. Pakat2 le gotong-royong satu kampung bersih mana patut. Jantan2 dia orang ni banyak masa main dam kat kedai kopi atau masjid. Kesimpulannya aku, padan muka ko, suku sakat malas n pengotor.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...