Terkini - Husam Musa Ditahan Polis Dan Akan Disiasat Dibawah Akta Hasutan - Video

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengesahkan beliau sebentar tadi ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Padang Merbok dan akan disiasat mengikut Akta Hasutan.

Husam dalam satu kiriman SMS kepada portal pembangkang berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan satu fatwa syahidnya sebagaimana yang disiarkan Harakahdaily. http://gelombangkick.blogspot.com/2013/06/video-husam-fatwa-mati-syahid-di.html

Dalam kenyataan yang disiarkan Jumaat lalu, Husam antara lainnya berkata: "Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikatasatu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

3 comments:

  1. Kalau dah beruk...beruk juga lah. Lagi dilayan makin menjadi..biarkan mereka last sekali bawa ke zoo Negara atau humban je ke dalam sungai kelang. Hidup menyusahkan orang jeer..

    ReplyDelete
  2. Alah tahan setakat ambil keterangan ajelah,lepas tu bebas dan boleh bergerak aktif balik.Tengok budak takde arah tuju hidup si adam adli,dulu kena tahan,hari ni dah boleh lead balik geng2 lembu muda buat rusuhan.

    Siapalah sibodoh yg buang ISA sebab takut pembangkang.Undang2 pun dah jadi bahan gelak jenaka aje aku tengok.Apa guna ada undang2 kalau tak berkesan?

    Husam jamnapari ni frust sebab gagal dlm karier politiknya,sebab itu dia umum 'fatwa' sesat yg menjanjikan sorga untuk pengikut2 pas dan pkr yg jahil,semata2 untuk kepentingan politik dia.Husam berharap kalau kerajaan dapat digulingkan ada harapan dia jadi menteri.

    ReplyDelete
  3. jadilah contoh syahid yg ko maksudkan tu husam kambing oiii. jgn mintak org lain mati sedangkan ko senang2 makan duit saham kambing jamnapari...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...