PRU14 - Tok Pa! Berulang Lagikah Retorik 'BN Mampu Tawan Kelantan' ?

Mengimbau kembali sejarah keyakinan BN menawan Kelantan pada PRU 13 yang lalu, ianya satu peristiwa yang sukar dilupakan, sasaran awal 24 kerusi yang mampu dimenangi meningkat pada saat-saat akhir sehingga 30 kerusi, mood kemenangan ketika itu diraikan oleh jentera serta pemimpin BN dengan penuh bergaya.

Dalam keghairahan itu terdapat sesetengah pihak mula merasa puas dengan momentum tersebut, ada antaranya mengabaikan nama-nama pengundi luar yang diberikan, seakan segala usaha sudah cukup dan hanya bergantung harap kepada pihak tertentu terutamanya NGO yang dilihat berperanan penting dalam mengumpulkan golongan muda sekaligus membentuk badai yang seakan mahu menghempas Kerajaan Pas Kelantan.

Sudah menjadi lumrah, yang dekat dah jemu, yang jauh merindu, keadaan tersebut sedikit sebanyak menyentuh sensitiviti anak Kelantan diperantauan yang kebanyakkannya ber-mood rindu pada kampung halaman, minda perantauan mula tersentap seolah-olah tanah tumpahnya itu hendak dijajah orang, lalu kebangkitan semangat mereka untuk pulang menyelamatkan negerinya makin membara, sehinggalah pada malam pengundian dapat dilihat kebanjiran pengundi luar menghijaukan kebanyakkan jalan-jalan di Kelantan yang sebelumnya kebiruan dan kemerahan.

Akhirnya sayang seribu kali sayang, BN Kelantan sekali lagi gagal menawan, tetapi jika semua pihak mengambil tanggungjawab dengan sebahagiannya mendekati anak Kelantan dirantau orang, impian pasti akan menjadi kenyataan, pihak parti perlu sedar dimana tahap kemampuan NGO agak terbatas, mereka bergerak secara sukarela, mustahil untuk mereka lakukan semua perkara tanpa mereka dibantu.

Menyedari akan hakikat yang berlaku itu,  perubahan perlu dilakukan untuk sekali lagi memperdendangkan perkataan 'BN mampu menawan Kelantan', supaya peruntukkan biasa pilihanraya diteruskan seperti sebelumnya, soal kalah menang tu adat pertandingan, apa yang lebih penting ialah 'masyuk', amalkanlah selagimana rakyat mampu untuk menyara BN sebagai kerajaan persekutuan.

Cuma, jika BN benar-benar sedar dan ingin berubah, dicadangkan Pengerusi BN Kelantan supaya bersikap lebih 'jantan' secocok dengan jolokan pahlawan, tidak hanya tertumpu dengan idea-idea dan strategi tertentu yang telah diterjemahkan oleh rakyat sebagai gagal. Penambahan sedikit kerusi yang berlaku itu perlu diambil kira dalam semua aspek termasuk faktor calon dan bantuan rakyat 1Malaysia BR1M dsbnya.

Justeru, difikirkan Pengerusi BN Kelantan perlu mewujudkan satu saluran khas dimana semua pendapat umum boleh sama-sama dikongsikan, sebagai contohnya mewujudkan satu FB group tertutup yang boleh dianggotai oleh semua jentera, disitu mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak lagi idea-idea yang mampu disumbangkan bertepatan dengan kepelbagaian cara berfikir pengundi. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Fasal 3 dibawah perlu benar-benar difahami oleh pimpinan Umno Kelantan supaya pencarian projek tidak terus menjadi agenda utama pemimpin sekaligus lupa kepada matlamat asas dan tujuan penubuhan Umno itu sendiri.

6 comments:

  1. Sebagai pejuang politik, tak seharusnya ada sikap mengalah,putus asa , mudah puas hati dll lagi.

    Kalau konsisten dalam segala-galanya dan berterusan berusaha ,lambat laun pasti akan berjaya biarpun memakan masa.

    ReplyDelete
  2. memontum sebenarnya memihak kepada umno .....masa sekitar bulan 9/2012...

    tapi umno leka dan biarkan red bean army tawan FB....

    umno dah menang di blog2 dan word press...

    6 bulan saja red bean army berjaya panaskan kembali pool anak muda di lembah klang yg dah hilang smgat kembali menyokong al jubb...

    umno tak pandai exploit maklumat...

    takes thing for granted... harap rakyat sedar sendiri...

    mana boleh mcm tuu....

    akhirnya org muda kembali keliru dan sokong al jubb yg tiap2 hari doktrin anak muda di FB...

    umno mmg lembabb.... padahal ramai anak2 muda yg dah sedar dan kembali sokong umno.... tapi umno tak sediakan apa2 platform utk anak2 muda ni tabur bakti pada parti...

    patut umno segera sediakan team utk saingi red bean army... lanyakkk betul2...

    jgn kasi muka....





    ReplyDelete
  3. aduuuu tok pa oo tok pa..btol2 kamu ni berilusi siang hari!retorik retorik!hasil tarakkkkk...

    ReplyDelete
  4. ORG KELANTAN X KAN TERIMA GOLONGAN BANGSAWAN MACAM TOK PA.DIORG NAK KAN TOK2 GURU MACAM ORG2 PAS...UMNO PATUT SERAPKAN ILMU ATAU MINDA PONDOK JADI KOMPONEN BN...LETAK MEREKA SEBAGAI CALON KAT KELANTAN....

    ReplyDelete
  5. jangan ada kempen yg menampakkan seolah yakin(riak?!) boleh tawan ktan. Buat mcm 2004 slogan tadok, seolah ribut tadok angin tadok kaba2 kjaan pas nik aziz dok hujung ranting masa tu.

    Haa lagu tu la nak layan angin ore kelate, jgn dok besar sapa dlm media massa plan kita. Wat kijo, gayo biar napok lekeh, jange tunjuk lebih, biar napok kito ni ore lemoh dan haloh sokmo.
    Itu la hok ado pd ore pas. Ore klate ni ego dio tinggi, tok soh dok tunjuk bisola dgn ore kelate dio tok here punyo malah koho benci ko dio.

    kalu boleh dlm media massa puji banyok2 ore kelate dr segi rajin,kreatif, berani, glamor. Dlm puji jgn masuk bab politik langsung, tunjukkan kelebihan ore ktan tok kiro dr penyokong politik mano. Kalu dlm main peteri atau bageh dipanggil bangkit angin. Ore kelate ado angin, kito keno bangkitkan angin ni sampai kelangit hingga tak sedar kediri kena jek. Tu la punya resepi kalu nok mene.

    ambo kato gitu sbb ambo pehe perangai ore kelate, kebanggaan apo ore kelate. Suko ko sohor(glamer), dlm bab kaya ada ore hok dia bangga, dlm bab cerdik ado jugok, dlm rajin pun ado, dlm bab baik, bab baloh/katok ore gedebe pun sesetengh ore kelate pun dok nyohor, dlm bab beragama pun gitu gok. Pendek kata semua perkara ada bendo hok ore kelate cari ruangan utk dio raso hebat dan bangga.

    Kalu tak paham perangai ore kelate sapa sudoh payoh la, kesimpulan kena main angin..

    wassalam.

    ReplyDelete
  6. 40 peratus kekalahan bn adalah daripada pengundi luar... Mereka yang tinggal di kuala lumpur.. Shah alam. Jb. Penang dan sebagainya sudah di setting kepala mereka untuk balik ke kelantan dan mengundi pembangkang... Isu di negeri lain berlainan dengan dengan kelantan. Mereka cendurung utk terdedah dgn isu semasa di negeri mereka tinggal... Mereka yg tinggal dan bekerja di kelantan lebih memahami kekurangan dan kelebihan yang ada di kelantan... Sedangkan pengundi luar jrg pulaangg.. 2 kali setahun balik kampung itu sudah cukup bagus... apa yg mereka tahu kerajjaan pas mesti dikekalkan... Tanpa mikirkan isu semasa dikelantan.. Isu bekalan air, peluang kerja, tanah, ...Kalau berani lepas mengundi terus tinggal di kelantan.. Carilah apa2 kerja yang setaraf dengan kerja sebelum ni... Itupun kalau ada... pendek kata jangan dimanjakan sangat pengundi luar. Tumpu kepada pengundi tempatan... Tak payahla nak bagi duit pengundi luar sapai RM300.00, membazir saja tu. .. Belum tentu mereka meengundi BN... Kesimpulannya pengundi luar tak boleh dipercayai.....



    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...