Video - MB Baru Kelantan Dah Mula 'Onar' Dengan Peruntukkan RM69 Juta Kerajaan Pusat

Selaku rakyat di Negeri Kelantan, kita mengharapkan Menteri Besar yang baru YAB Datuk Ahmad Yakob tidak sebagaimana MB yang dulu yang sering memburukkan kerajaan persekutuan dan tidak bersikap telus terhadap apa-apa sumbangan ataupun peruntukkan yang telah diberikan oleh kerajaan pusat.

Dalam menghadapi politik baru yang lebih matang, MB perlu lebih jujur dan amanah tanpa perlu dilihat seperti menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat. Kita pun dah letih dah nak menyerang Pas Kelantan ni, diharapkan MB baru bersifat lebih terbukalah selepas ini.

Dalam satu sesi temubual antara MB Kelantan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, MB Kelantan tidak selesa dan seolah-olah cuba menyembunyikan peruntukkan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta kepada Kelantan.

Perkara itu terlebih dahulu disebut oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri sebelum keterpaksaan diperjelaskan oleh beliau, sedangkan dalam pertemuan ini, perkara yang paling penting dan utama adalah mengenai peruntukkan RM69 juta itu, namun kenapa ia cuba dipencilkan.

Mengukuhkan lagi sangkaan itu ia sebagaimana kenyataan yang dibuat oleh MB di laman Facebook beliau yang turut tidak menyebut mengenai peruntukkan tersebut. Tidak salah, cumanya nampak sangat cuba menyembunyikan peruntukkan itu dari diketahui oleh rakyat, adakah supaya isu kerajaan pusat menganak-tirikan Kelantan itu akan boleh terus dimainkan oleh Pas ?

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata "Saya datang hari ini bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob bagi membincangkan hal-hal berkaitan penyelarasan agama dalam erti kata tanggungjawab Kerajaan Persekutuan dan negeri membangunkan agama Islam ke arah memupuk semangat kesepaduan bersama dalam melaksanakan aktiviti keagamaan.

"Pada pertemuan ini, saya persembahkan kepada Menteri Besar tentang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta untuk kerajaan Kelantan bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah agama di negeri ini.

"Peruntukan ini juga adalah untuk membayar elaun untuk lebih 900 orang imam, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk lebih 5,000 orang, penyumbang agama lebih 800 orang, pegawai penyelaras masjid daerah di Kelantan serta guru-guru takmir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad di Kota Darulnaim di sini hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

14 comments:

  1. amboi YB...main sorok sorok eaaa....ajaran pok nik nii...bila la nak tubik drp bayang bayang nik aziz ni....bengong betul..... dah kuasa ada di tangan dah...adios!!

    ReplyDelete
  2. ...perangai buruk yg tidak tahu berterima kasih jangan diikut...biarlah dia bawa balik ke Pulau Melaka...

    ReplyDelete
  3. Tk payah bg 69juta tu kat kelantan nanti diaorg kata duit haram..bg je duit tu kat sabah dan sarawak supaya islam disana berkembang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, sabah dan sarawak lebih memerlukan peruntukan tersebut. Aku sangat meluat dgn mamat mamat kelantan ni.

      Delete
    2. setuju sesangat, Jangan buang masa, wang dan tenaga kepada perkara tiada faedah

      Delete
  4. Itulah sebabnya Melayu kena berkuasa..di Tanah Melayu ni..

    ReplyDelete
  5. Allah Taala mempunyai caraNya sendiri utk membuktikan kebenaran. Allah akan datangkan bermacam jalan dan cara sebagai bukti. Orang yg beriman kerana Allah tentunya akan berkata benar dan membenarkan apa yg benar. Org yg beriman juga akan bersyukur, jujur dan berhati lurus.

    ReplyDelete
  6. 69 juta?!!! WOW! Banyak tu! Boleh lah lebai2 PAS tambah bini muda & beli merc versi terkini.

    ReplyDelete
  7. saya persembahkan kepada Menteri Besar tentang peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan sebanyak RM69 juta untuk kerajaan Kelantan bagi menampung pelbagai perbelanjaan termasuk sekolah agama di negeri ini.
    "Peruntukan ini juga adalah untuk membayar elaun untuk lebih 900 orang imam, guru Kelas Agama dan Fardhu Ain (KAFA) untuk lebih 5,000 orang, penyumbang agama lebih 800 orang, pegawai penyelaras masjid daerah di Kelantan serta guru-guru takmir," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Ahmad di Kota Darulnaim di sini hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

    Nak tanya ni halal tak duit yg diberi oleh kerajaan pusat untuk bayar gaji orang2 yang di sebut kan tu?

    ReplyDelete
  8. Dah bagi tu ambik ajelah ...tapi itu amanah..kalau kena bayar elaun mesti bayar jangan kelentong tiada peruntukkan..kalau mati esok ..aman.. jangan sampai tak cukup tanah nak kambus..

    ReplyDelete
  9. setau ambo duit utk pembayaran elaun guru KAFA tidak melalui kerajaan negeri....tp disalurkan melalui JPP...dalam hal KAFA kerajaan negeri sedikit pun tidak membantu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun.apa yg kerajaan negeri buat???gentel telor je la.

      Delete
    2. tu pun kalau masih ada telor yg nak di gentel.

      Delete
  10. dari dulu lagi kerajaan persukutuan sudah beri bantuan kat negeri kelantan.dan tak salah untuk membantu.cuma rakyat negeri kelantan sahaja yang tidak tahu.diharap kelantan membangun bersama kerajaan pusat dan MB yang baru.tutup kisah lama dan buka buku baru untuk kemajuan dan kemakmuran rakyat kelantan.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...