JADI PERDANA MENTERI, DR MAHATHIR PUN SAYA MAAFKAN - ANWAR

Pada Ceramah Perdana Pakatan Rakyat  yang diadakan semalam di Padang Perdana Kota Bharu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya berkata, sekiranya PR berjaya tawan Putrajaya beliau menjadi Perdana Menteri, beliau akan memaafkan Tun Mahathir dan semua mereka yang kononnya telah menganiayai beliau selama ini.
Pada masa sama Anwar dilihat seolah sasau dan berlakon bertanya kepada Najib yang dibayangkannya sebagai Ketua Pembangkang, jika melihat pada keadaannya, Anwar mungkin sedikit masa lagi akan berpolitik di Hospital Bahagia, nafsu besarnya  itu akan mendorong beliau lakukan apa sahaja demi merealisasikan cita-citanya, dan tidak perlulah nak dihairankan dengan fitnah-fitnah yang akan menyusul nanti. Lebih-lebih lagi sewaktu hampirnya PRU13 nanti.

Kehebatan Anwar berpidato tidak dapat dinafikan, isu yang dibawanya juga menarik perhatian umum walaupun tidak ada sebarang bukti yang dapat beliau tampilkan, sambutan ceramah ini juga sangat menggalakkan dan sedikit sebanyak perlu diberi perhatian oleh jentera BN Kelantan dengan membuat serangan balas terhadap isu yang dimainkan oleh pembangkang.
Rentetan beberapa ramalan dari pemimpin veteran pula mengenai keputusan PRU 13 nanti, pelbagai kenyataan dibuat diatas kecenderungan masing-masing, terutamanya di negeri Kelantan dimana UmnoBN lebih 20 tahun kempunan untuk mengambil alih pentadbiran negeri tersebut kerana masih wujudnya faktor  takut kerajaan Tok Guru ditumbangkan.
Bermacam gerakan dilancarkan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN, namun kesemuanya gagal, begitu juga dengan bakal-bakal Menteri Besar yang silih berganti tanpa tertewasnya Nik Aziz sampai ke hari ini.

Persoalannya adakah rakyat Kelantan tidak inginkan perubahan dan tidak tahu menilai yang mana kaca dan yang mana permata? Bukankah rakyat menyedari bahawa Kerajaan Pas gagal dalam menyediakan pelbagai kemudahan asas terutamanya  bekalan air bersih, serta pokok dasar perjuangan Pas digugurkan semata-mata ingin bekerjasama dengan DAP, walhal satu ketika dahulu Pas mengecam Umno kerana menjalinkan kerjasama dengan MCA.

Sungguhpun begitu, rakyat Kelantan tetap memilih Pas untuk mentadbir, manifesto retorik Pas tetap menjadi pilihan rakyat Kelantan, dan PRU13 yang bakal diadakan ini pun sudah menunjukkan bahawa  Pas akan diberi peluang sekali lagi untuk terus melakar kesenian retorik yang terdapat dalam manifestonya, cuma BN mungkin akan ada pertambahan kemenangan dibeberapa kerusi diatas usaha gigih pemimpin kawasannya.

Sukar untuk diterjemahkan samada rakyat Kelantan yang tidak ingin berubah atau Barisan Nasional itu sendiri yang bermasalah. Tapi yang nyata tiada manusia yang tidak ingin perubahan yang lebih baik seandainya cara dan teknik itu kena dengan masa dan tempat serta calonnya.  Anda Mampu Mengubahnya...

5 comments:

  1. mat jenin millineum!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. JANGAN TERUSKAN HADIAH SUMBANGAN WANG KEPD KELANTAN. BIAR MEREKA SENDIRI CARI WANG NAK BANGUNKAN NEGERI PAS TUUU. SELAGI BN BERI BANTUAN, SELAGI ITULAH TIADA KEPERLUAN RAKYAT KELANTAN UNDI BN. TAK UNDI BN PUN KE;LANTAN MAJU7 JUGERRR!!

    ReplyDelete
  3. Betul, sokongan PUsat menyukarkan BN mengambil alih kelantan. Bantuan Pusat di terima rakyat sebagai bantuan daripd kerajaan negeri. Mereka pandai berpolitik untuk mempengaruhi pengundi, tapi BN asyik berebut naka jadi calonnn. walaupun jauh dari layak

    ReplyDelete
  4. Datok rasuah certa fasal jangan rasuah.
    Datok politik wang cerita fasal jangan ambil duit kalau dioffer.
    aku nak gelak lawak bodoh Nuar jangan ingat orang tak boleh fikir ke.
    Pok Nik dan puak pas pis pus boleh la kau kelentong,mereka bercaya bulat2.

    ReplyDelete
  5. kah kah kemaruk ssgt nak jadi PM adooii iii tempat sendiri permatang pauh dah jadi medan lawan tokey kah kah adooii iiii
    rahsia tergempar ceramah anwar ramai manusia kerana sebelum ceramah dijalankan jauk juak tegar anwar dah kempen datang ramai mereka di pecah2kan pada kelompok kecil utk menarik orang ramai datang asalkan dibayar RM10.00 mereka akan bagi

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...