Anwar Terus Berjanji 'Bulan dan Bintang' Di Ceramah Dan Membayangkan Akan Menjadi PM

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menaburkan janji-janji ‘bulan dan bintang’ semasa ceramah beliau di Ampang malam tadi, suatu tindakan yang boleh dilihat sebagai membuai mimpi kepada rakyat di negara ini.

Beliau yang berucap dalam ceramah ketika menjadi tetamu jemputan sambutan Aidilfitri Parlimen Ampang di Taman Kosas hari ini masih mengulangi janji kepada rakyat mengenai penurunan harga minyak, kebebasan media serta pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“(Setelah) 24 jam ambil alih, kita akan lakukan, harga minyak seluruh negara diturunkan. Media bebas untuk tanya kepada sesiapa, (lebih-lebih lagi) Ketua Pembangkang (ketika itu) Datuk Seri Najib.

“Kita akan mansuhkan PTPTN.. Bagi pendidikan percuma kepada semua dari sekolah rendah sampai kepada universiti.”


Selain daripada itu beliau turut membayangkan dirinya sebagai bakal Perdana Menteri negara turut berimaginasi untuk menggunakan kuasa diktator untuk mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengumumkan ‘kejayaan’ beliau menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum ke-13.

“Jam 2.30 petang, saya akan hubungi Tan Sri SPR, (dan berkata) Tan Sri, saya dah dapat keputusan. Saya bagi peluang setengah jam, umum cara teratur dan telus. Kalau tidak, kita ambil tindakan serta-merta kepada seluruh pihak SPR,” tambahnya.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas ketika diaju pemberita mengenai isu tidak mengangkat tangan ketika bacaan Rukun Negara pada malam ambang kemerdekaan anjuran negeri Selangor baru-baru ini. -Mynewshub.

3 comments:

  1. Kesian sungguh le dia yg terbuai mimpi nak jadi PM.Cakap2 kosong boleh le, pi jawap janji /manisfesto N.Selangor yg sampai le ni tak tertunai lagi.
    Semalam dia bg ceramah kat Sri Rampai. Punya le biadap tgh azan asar pun dok ahli2 menyalak dan pasang lagu kuat2. Tak hormat langsung. Ni bukan nak fitnah tapi kenyataan.
    Ceramah dia tok sah nak cakap le.Janji setinggi langit seluas lautan.Ingat kitaorang bodoh sangat ke nak percaya apa yg dijanjikan tu boleh dilaksanakan dan praktikal. Cakap PM biadap le...dia patut cermin muka buruk dia tu dulu.

    ReplyDelete
  2. bagi pkr - manifesto bukan janji. ingat ini adalah fatwa atau rumusan undang-undang dari ulamak atau hakim khalid gagap. perkara ini boleh diperluasakan lagi, bukan sahaja manifesto, segala janji dalam ceramah pakatan rosak, jadi mereka boleh katakan apa sahaja dan berjanji apa sahaja kepada para pendengar yang buta akal fikiran. apabila tiba pada perlaksanaannya mereka akan kata, manifesto bukan janji, ceramah bukan ikrar dan tak perlulak ianya dilaksanakan. kalau dari awal lagi mereka dah menipu, tak kan mereka akhirnya bercakap benar. hanya penipu yang sanggup berbohong. dan hanya yang bodoh yang tak dapat melihat.

    ReplyDelete
  3. si-kepala taik terkutuk berangan nak jadi kepala negara, si-kepala taik haramjadah yg mengaku dirinya anugerah tuhan...kehkehkeh.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...