Bodyguard Anwar Acukan Pistol Kearah Saya Sambil Berkata "Masuk Jika Berani"

Timbalan Pengerusi Gerakan Belia 4B Jasin, Zulkifli Kalil yang diacukan pistol berkata beliau terkejut dengan tindakan lelaki terbabit kerana beliau bersama beberapa rakan tidak melakukan sebarang tindakan ganas atau provokasi.

“Saya hanya berdiri di tepi jalan untuk memberi laluan kepada rombongan Anwar ke tapak ceramah.

"Namun, secara tiba-tiba pengawal peribadi itu meluru keluar dari keretanya lalu mengacukan pistol ke arah saya sambil berkata 'masuk jika berani' .

"Saya dan beberapa rakan terkejut dengan tindakannya dan hanya berdiam diri sebelum lelaki itu masuk semula ke dalam kereta dan beredar," katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah hari ini mengesahkan penahanan pengawal peribadi yang berusia 37 tahun itu sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas selesai sesi rakaman percakapan kira-kira jam 9 malam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Jasin, malam tadi,”

Dalam pada itu, Raja Shahrom juga berkata, pihaknya berharap mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai rakaman video atau foto berhubung kejadian bas dinaiki Anwar disimbah cat ketika siri Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Kelubi, Jasin petang semalam, tampil membantu siasatan.

Raja Shahrom berkata, semua individu yang berada di kawasan kejadian diminta untuk tampil membantu polis mencari kebenaran dalam peristiwa yang berlaku ketika bas yang dinaiki pemimpin PKR dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Rim, Jasin.

"Sebuah pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes di bawah Seksyen 427 kerana khianat, bertujuan mencari kebenaran selepas empat laporan diterima antara jam 3.30 hingga 4 petang berkaitan bas Jelajah Merdeka Rakyat disimbah cat dan dibaling botol minuman ," katanya.

Bagaimanapun Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan tindakan pengawal peribadinya itu dan menyerahkan  kepada pihak  polis untuk siasatan.

Bercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini, Anwar berkata pengawal peribadinya itu memberitahunya bahawa lelaki berkenaan bertindak demikian kerana diancam individu yang menggangu dan menyekat bas PKR dalam insiden tersebut.

Anwar berkata, pengawal peribadinya itu berpendirian bahawa tindakan itu mengikut garis panduan dan beliau menerima ancaman.

"Saya serahkan kepada polis," katanya yang menambah, isunya adalah untuk memastikan bahawa pengawal peribadinya itu bertindak untuk mempertahankan diri dan mengikut garis panduan.

6 comments:

  1. Mempertahankan diri amenda dia duduk dalam kereta dan keluar mengacu pistol, ikut garis panduan? garis panduan pundek.......dulu masa perhimpunan bersih, polis kene belasah, tapi tidak pulak sampai dia mengacu pistol kepada pendemo, inilah double standard pundek namanya....ptuiiiih

    ReplyDelete
  2. Ada video menunjukkan pengawal ni dah siap lock pistol tu...peluru dah ada dalam chamber, tunggu tarik picu je meletop la pistol tuh! bahaya nih! Bila dah lock tu paham2 je la niat dia. Bukan nak mengacah lagi dah!

    ReplyDelete
  3. masa kat perak dulu lembu2 tidur atas jalan masa kenderaan raja lalu pon polis tak tunjuk pistol ,ini kan org ramai halang bas si keparat tu...dah mula tunjuk pistol...sapa yg samseng

    ReplyDelete
  4. kalau dah berani menggunakan senjata api bila berpolitik ini sgt membimbang buat rakyat Malaysia.kalau tidak ditangani dgn baik pasti pekara buruk boleh belaku seperti mna yg belaku dinegara yg bergolak timur tengah.meraka mengunakan senjata api tapi kita menggunakan senjata tajam spt parang, lembing, panah dan berbagai2 lagi. tidak mustahil pekara ini blh belaku memandangkan politik Malaysia kini byk melakukan keganasan terutamanya dari pihak pembangkang bercampur dgn penganut agama syiah dan agama sesat yg lain. pihak polis perlu pastikan bila pilihanraya nanti setiap penyokong tidak dibenarkan membawa senjata2 yg merbahaya walau sekecil mna pun. ini sebagai ingatan takut pekara yg tidak kita jangkakan akan belaku. politik sekarang telah jauh berubah dan merbahaya bagi penyokong2 yg taksub membabi buta.

    ReplyDelete
  5. dh berani main pistol-pistol dh budak2 anwar ni. ni dh lebih! ingat jasin ni pekan koboi ke hape. si bodo anwar ni siap pertahan lg boy dia tu. mcm haram sungguh!!!!

    ReplyDelete
  6. nak tunjuk kat org la tu...
    sebijik 9mm pun tak muntah lagi...
    main tayang jer apa barang...

    kalau berani muntahkan besi bengkok tu...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...