Kajian Umcedel Pas Tumbang Di Kelantan Dinafikan Oleh Bakal MB

KOTA BHARU- Pas Kelantan tidak bersetuju dengan penemuan Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaya (Umcedel) yang membayangkan kuasa parti itu berhadapan dengan 'risiko' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, hal ini kerana berdasarkan kaji selidik yang dilakukan parti tersebut masih tetap berkuasa di Kelantan dan belum tentu Barisan Nasional (BN) akan merampas pemerintahan Pas di negeri ini.

Menurutnya, berdasarkan kajian yang dijalankan sehingga kini peratusan sokongan rakyat terhadap Pas tidak menunjukkan sebarang penurunan malah penyokong tetap bersama dengan parti.

“Kita menghormati kajian tersebut tetapi kita juga mengadakan kajian sendiri, setakat ini Alhamdulillah pengaruh Pas di negeri ini masih kuat, rakyat masih bersama kita.

“Namun, tanggapan mengenai trend sokongan ini kita jadikannya sebagai satu peringatan dan motivasi untuk meningkatkan gerak kerja jentera bagi memastikan BN tidak boleh merampas Kelantan,” katanya kepada media semalam mengulas kajian Umcedel yang menunjukkan sokongan BN di Kelantan positif.

Terdahulu beliau merasmikan Seminar Media Baru dan Pengendaliannya Menurut Perspektif Islam serta Pelancaran E-Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) sempena Karnival Mahabbah IKIMfm di sini, semalam.

Kajian tersebut menunjukkan peratusan jangkaan memihak kepada BN di Kelantan bertambah daripada 27 peratus pada Mac-April lalu kepada 32 peratus bulan ini.

Bagaimanapun sokongan jangkaan kepada Pakatan Rakyat (PR) khususnya Pas, yang mentadbir Kerajaan Negeri, susut tiga mata daripada 44 peratus kepada 41 peratus sepanjang tempoh itu.

Dalam pada itu kelmarin Timbalan Pengerusi Umno Negeri, Datuk Dr Awang Adek Hussin juga tidak menganggap hasil kajian itu memberi kelebihan kepada parti, sebaliknya mereka akan tetap menggembleng tenaga untuk memastikan hasrat merampas Kelantan berjaya. - Sinar Harian

2 comments:

  1. kalau dah kat universiti pun pro pembangkang kalah, takkan lah tak nak terima yang kita ni berpijak dibumi yang nyata. kalau dah asyik khayal dan syahwat aje bila dengar muzik dan nyanyian dari artis-artis yang berhijrah tu, ni lah akibatnya. masih lagi dok perasan yang PAS akan perintakh malaysia.

    ReplyDelete
  2. Nik Amar terkilan la agaknya nak jadi MB sebab tu nampak mcm kecut perut. Nik Amar nak jadi MB Kelantan ?? mintaklah jauh api dari panggang ... Selama ni mentadbir ajensi kerajaan negeri pun huru-hara nikan pula nak taddir negeri , boleh muflis agaknya. Pesanan utk Nik Amar - tadbir ajalah sekolah agama peninggalan bapak ko tu, urus baik2 jgn jadi mcm sekolah Darul AnWar yang Nik Aziz yg telah diswastakan pulak. Dulu sekolah Darul AnWar adalah hasil derma orang kampung dan orang2 yg cintakan agama islam.

    Pilihanraya kampus pun telah menampakkan kekalahan puak2 PR ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...