Kerana Anwar Dua 'Punggung' Dah Jadi Isu

Seorang peguam hari ini menyarankan polis supaya tidak melakukan siasatan terpilih dalam kes seperti tindakan seorang peserta perhimpunan menunjukkan punggung pada gambar Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Peguam, Datuk Beljit Singh Sedhu berkata, tindakan serupa juga sebelum ini dikesan dilakukan sekumpulan individu yang membuat senaman punggung di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga.

Baljit mempersoalkan perkara itu memandangkan sekumpulan pesara tentera daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang berbuat demikian pada Mei lalu tidak dikenakan apa-apa tindakan, katanya.

"Kenapa tindakan tidak diambil (dalam kes PVTM?)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sekiranya kes melibatkan insiden di Dataran itu berlarutan ke mahkamah, peguam akan mempersoalkan mengapa berlaku "pilih kasih" dalam kes tersebut, katanya.

Mengulas perkara itu, Baljit berkata keadaan itu menunjukkan "keseimbangan" dalam tindakan polis yang menangani kes berkenaan.

"Saya lihat tak ada keseimbangan dalam hal ini. Diharap tak ada siasatan terpilih yang dilakukan," kata Baljit yang menambah, individu yang melakukan kesalahan menunjukkan punggung mungkin boleh didakwa kerana mengikut Kanun Jenayah kerana berkelakuan tidak senonoh.

Mengulas mengenai tindakan individu yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya pada perhimpunan berkenaan, Baljit berkata perkara itu merupakan kesalahan yang boleh didakwa mengikut Akta Hasutan.

''Dalam isu bendera, memang kita ada akta yang boleh digunakan sebab melibatkan bendera negara iaitu Akta Hasutan," katanya lagi.
Polis semalam menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun, dari Batu Pahat, Johor di sebuah kolej di Cheras bagi siasatan berhubung insiden menayangkan punggung ketika perhimpunan pada sambutan ambang kemerdekaan itu.

Polis juga meminta individu yang mengibarkan Sang Saka Malaya ketika perhimpunan tersebut supaya tampil bagi membantu siasatan.

Polis membentuk tiga pasukan khas untuk menyiasat tindakan peserta perhimpunan itu mengikut Akta Hasutan, Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 290, 504 dan 509 Kanun Keseksaan.

2 comments:

  1. Nama dia Mat Bontot aka Mat Punggung.

    ReplyDelete
  2. At least askar2 veteran tu x londeh tayang bontot...

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...